"Bang .. perasan bumi bergoyang ke?", tanya isteri yang dari tadi masih di dalam kereta. Aku jawab, "Tak der pulak.". Waktu itu mungkin aku sedang syok bersembang dengan kawan ketika menanti anak keluar sekolah.
"Lama ke?", aku tanya isteri.
"Lama jugak.", jawab isteri.
Katanya gegaran hampir 3 minit lamanya. Malangnya aku tak terasa sebab kalau aku dah sembang, badan aku memang bergoyang.
Ketika dalam perjalan pulang, kawan dari Shah Alam call. "Wak sini kecoh ada gempa. Cuba check internet", katanya.
Aku pun terus terjah internet dan confirm. Memang ada gempa. Mulanya, amaran Tsunami di keluarkan. Lebih kurang 1 jam kemudian, ia ditarik semula. Kita selamat. Tapi semua orang yang duduk kat rumah pangsa dan sesetangah di rumah bawah, sudah terasa. Kenangan Tsunami Aceh berulang kembali.
Semalam, aku bersembang dengan rakyat Aceh yang duduk tidak jauh dari rumah.
"Bang .. Orang Padang dan Aceh adalah orang kuat agama. Macamana boleh korban banyak nyawa.", tanya nya selepas bersembang beberapa lama.
"Ni semua kuasa Tuhan, aku tak dapat nak jawab.", tapi untuk menyedapkan hati dia. "Di bawah tu memang laluannya. Lingkaran api berada di bawah Sumatera kan?"
"Tapi bang, di bawah Pekan Padang memang sah gunung berapi. Dulu lagi kerajaan Indonesia suruh mereka pindah, tapi sapa yang mahu. Sebab semuanya dah labor untuk buat rumah mahal mahal di atasnya.", sambungnya lagi.
Memang gerun. Tapi kuasa Allah swt. Tengok gambar di SINI dan SINI. Semuanya ranap sama sekali. Masjid pun kali ni tak selamat. Yang peliknya, gempa di Sumatera, bumbung Masjid di Terengganu pulak yang runtuh.
Menarik kan ... ?
Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI
Saturday, October 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)