Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, November 16, 2009

Aktiviti orang bersara

Ada orang takut untuk bersara. Bimbang tiada aktiviti yang akan dijalankan. Mungkin menjadikan seseorang itu rasa bosan.

Pagi Sabtu lepas, sempat aku sarapan pagi dengan seorang yang sudah pencen. Bekas polis katanya. Berkunjung ke rumahnya. Di tunjukkan beberapa kolam ikan. Ada 6 kolam ikan diperbuat dari kanvas. Modal kecil kecilan .. bermanafaat.

4 kolam untuk ikan keli. Satu kolam boleh isi 500 ekor. Selebihnya adalah untuk ikan puyu. Jual di kedai kedai berhampiran. Balancenya dimasak sendiri. Katanya, ikan puyu sedap dimasak lomak cili padi.

Disebelah kolam terdapat pokok pokok cili fertigasi. Katanya, setakat ini lepas lah duit belanja dapor. Hebat .. !
Sekurang kurangnya waktunya di manafaat dengan kerja berfaedah.



No comments: