Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Tuesday, November 10, 2009

Semai lagi 304 pokok mulberry

Hari ni ... lembik. Pinggang macam nak patah.
Siapkan 304 beg untuk semai pokok Mulberry tambahan.
Pagi lagi dah start .. Mula mula tu macam Hero .. lepas tu bila tiba jam 12 .. semua dah berubah macam Zero.



Kesemua yang sempat di tanam .. 254 pokok. Lepas tu tanah kurang, beg pun kurang. Jadi kami terpaksa cari alternatif sementara.


Gambar kat bawah ni idea sorang kawan tu .. Dia kata buat cam ni. tapi bila kita tanya dia ..boleh ke? Dia jawab ..."Kita buat ujikaji" ... Wak tanya dia apa lesen dia untuk pandangan nya. Alasannya, "Kita bukan petani .. kita penyelidik"
Macam biasa dengar terma tu .... Kalau tok guru tengok mesti pening kepala. Pejabat pertanian pun tak pernah buat cam ni. Kalau berjaya .. wak cadang nak bagi anugerah penyelidik kat dia.
Style kat bawah ni .. sementara je. Lepas kita dapat bekalan tanah dan plastik .. kami akan semai cam biasa.



Dibawah ni pulak .. idea sorang lagi kawan wak. Dia pun sama. Alasannya .. "Kita bukan petani, kita cuma penyelidik"
Hah lantak kome la .. Jangan sampai di jumpa dek kaki nombor .. diorang bantai pasang colok, panggil pulak hantu.


Projek hari ni selesai jam 2.20 ptg. Semua yang terlibat ada yang jalan senget, bongkok dan ada yang terkengkang kengkang. Konon nak bertani sangat. Baru jam 2.00 dah pengsan. Bayangkan kalau petani sawah buat perangai cam ni .. Mampuih orang tak makan nasi.
Wakakakak !!!

6 comments:

Johar Faizal said...

Hai...wak.. idea kawan yea... nanti kalau berjaya kita paksa sifu sign sijil iktiraf hasil penyelidikan kita tu.

Kesian kawan yang terbongkok cucuk benih tu, ko ragging sampai 3jam nak dapatkan shot terbaik untuk gambar dalam blog ni.

wakakakakkk

mangchikla said...

Gambo last tu FAIL

radenjowo said...

mangchik,

jangan main main, gambar yang last tu idea orang tinggi ilmu tu. Dia siap jampi lagi.

radenjowo said...

sape la yang kena belasah Tok Guru nanti.

Muzika Akustika said...

Boleh tahu apakah bahan yang digunakan sebagai medium tanaman? Juga boleh berikan kadar campuran bahan-bahan tersebut? Minat nak tahu.

Radenjowo said...

Muzika Akustika,
Pokok Mulberrey sesuai adalam apa jua jenis tanah atau campuran. Macam kat atas tu .. kitorang guna sabut kelapa dicampur dengan sekam padi yang dibakar. Yang atas tanah merah tu, bisala la ..tak campur denganbenda lain. Itu sebagai ujikaji sahaja. Terdapat lebih kurang 35 pokok di tanam kat situ. Hari ni kami perhatikan, semuanya sudah bertunas. Alhamdulillah.

Lebih sesuai rasanya kalau di tanam di tanah gambut. Rasanya la ...