Semalam aku bertemu dengan sorang teman yang lama dah tak jumpa. Ahhhh … dulu dia memang senang, tapi sekarang jauh berbeza. Tak sehebat dulu. Pada pandangan mata ku.
Kalau dulu dia mempunyai kenderaan mewah berbiji biji, rumah besar dan sekarang menurut katanya, dia cuma orang biasa yang mempunyai sekadar sebuah kenderaan kecil yang murah dan rumah kecil di hujung kampong. Keluarganya sihat walafiat.
Aku tak tau sejauh mana kebenaran ceritanya, tapi kalau ikut pada keadaan dirinya sekarang, memang jauh berbeza. Dari segi pakaian dan penampilan dirinya .. memang jauh berbeza. Pelik juga .. !
Maka aku bercerita tentang masa lampau dan aku sempat cerita tentang masalah yang aku hadapi sekarang. Serba kekurangan dan serba kesuntukan. Mungkin kerana ekonomi atau mungkin kerana kesilapan aku yang lepas lepas.
Dan ini katanya ….
Manusia lahir dengan janji yang telah di ucap di depan Allah swt. Kita tidak tahu apa janji kita. Bila sudah lahir dan membesar … kita lupa pada janji. Lantas kerana itu, kita menjadi panik dan tidak terkawal akibat mahu lari dari janji.
Susah senang adalah suratan takdir .. manusia memang pandai berkata kata, tapi tidak pandai menerima kenyataan. Ketika susah, kita bandingkan dengan orang yang lebih senang. Kita jarang teramat untuk membandingkan dengan orang yang jauh lebih susah dan miskin. Malah kita tidak pernah membandingkan diri kita dengan orang yang cacat anggota dan mental kerana kita di dalam keadaan yang sihat walafiat.
Sedangkan kita sedar bahawa masih ramai manusia yang jauh lebih miskin, cacat dan di timpa masalah kesihatan. Maka, kalau setakat tidak berduit dan mungkin kesuntukan sehingga sukar benar untuk membeli makanan pada tika tika tertentu .. itu masih syukur alhamdulillah.
Menurutnya lagi, manusia adalah pelakun di pentas dunia. Segala galanya sudah di takdirkan dan sekarang manusia sedang bergelut dengan janji yang telah di buat. Manusia tidak tahu akan janjinya dulu. Mungkin berjanji mahukan senang, tapi tidak memikirkan tentang kesihatan dan mungkin ada yang berjanji untuk sihat tapi tidak berjanji untuk senang dan kaya raya. Kerana itu lah maka ada yang senang, tapi tidak kaya, kaya tapi tidak sihat dan mewah tapi berhadapan dengan masalah keluarga.
Menurut nya, ibaratkan diri kita sebagai pisau. Dan masih ada tangan yang sedang memacu sebilah pisau itu. Sebagai pisau, tidak perlu bertanya untuk apa memotong sayur, untuk apa membunuh atau untuk apa memotong makanan. Tangan itu yang memikirkan semuanya. Oleh itu, tugas manusia yang menurut apa jua kehendak dan kemahuanNYA dan jangan persoalkan tentang kenapa ia begitu dan begini. Jadi lah hanya pisau yang tugasnya untuk memotong, tidak kira apa.
Sampai satu ketika akan ada bantuan kerana setiap yang miskin dan susah itu, masih mampu untuk menyara keluarga. Walaupun gaji sedikit, tapi masih boleh membesarkan anak.
Mungkin ramai yang pernah merasa di tinggalkan oleh bapa ketika waktu kecil dahulu. Kerana serba kekurangan dan kemiskinan sehingga terpaksa makan nasi berkuah kan jelantah dan berkicapkan garam cair, tapi anak anak mampu membesar dan mungkin sekarang sudah beranak pinak.
Itu adalah bukti bahawa manusia itu memang mempunyai rezeki yang telah di tetapkan oleh Allah swt itu sehingga kita tidak sedar bahawa kita mampu untuk menjadi tua dan mempunyai anak anak, walaupun waktu kecil dahulu penuh dengan kepayahan.
Lantas kerana itu pesan teman aku padaku, Kalau kita sudah berjanji ketika dulu untuk menjadi seorang peladang, maka jadilah seorang peladang yang gembira. Kalau berjanji untuk menjadi seorang nelayan, maka jadilah nelayan yang gembira.
Kerana kalau di Tanya kepada sesiapa pun tentang tujuan kehidupan, sudah pasti jawapannya adalah untuk menjadi gembira. Miskin atau kaya, impiannya tetap sama. Mahu gembira !
Untuk itu, jadilah orang kaya yang gembira atau menjadi orang miskin yang sentiasa ketawa.
Kata teman ku lagi .. tidak mudah untuk melakukan itu kerana sikap ego kita mengantui. Tapi ada usaha, pasti ada kejayaan. Kejayaan berbentuk spiritual dan membahagiakan diri.
Kesimpulan yang di beri oleh temanku … jadi lah pelakun yang betul betul mampu membawa watak yang di berikan. Kerana tanpa pelakun yang betul betul mampu berlakun, pementasan akan menjadi hambar. Penyeri kepada lakunan kita adalah sikap dengki, khianat, ego dan sombong. Sikap sikap seperti ini menjadikan lakunan kita didunia ini bertambah realistic. Kalau semua orang tidak mempunyai sikap ini, manusia yang terus akur kepada dialog dan langkah yang di atur sehingga menjadikan kehidupan dunia kita terlalu hambar.
Satu lagi perkara yang di sebut adalah tentang kejayaan dan kegagalan di dalam hidup. Menurut katanya, tiada kegagalan di dalam kehidupan. Yang ada hanya lah pengalaman. Sekiranya satu satu usaha itu tidak seperti yang di bayangkan. Ianya bukan lah kegagalan dan disebaliknya ianya adalah kejayaan untuk kita menimba ilmu di dalam satu satu usaha yang kita lakukan itu. Usaha itu tanggung jawab kita, kejayaan itu adalah milik Allah swt.
Maka kerna itu, teman ku itu sehingga sekarang, masih tenang, tersenyum dan gembira sedangkan hidupnya jauh berbeza di banding waktu mudanya.
Sebelum dia berlalu .. pesanannya. Cakap tidak semudah melakukan. Jadilah pelakun yang handal di pentas dunia.
Ketika berpisah … dia memberikan alamat dan nombor talipon dan mengajak aku untuk berkunjung ke rumahnya untuk menyaksikan kepayahan diri dan keluarganya tetapi menikmati kegembiraan yang mereka miliki setiap hari.
Begitu lah kira kiranya …
Apa pendapat kalian?
Jika PAS jadi MB Selangor : Subky Latif
10 years ago