Kertas kerja itu kelak penting untuk mendapatkan bantuan, pinjaman atau sebagai rujukan.
Kerana itu, untuk menjadi petani modern yang serba lengkap, perlu ada kertas kerja yang merangkumi semua perkara. Selepas itu, ia terserah samada mahu di simpan atau dikongsi bersama rakan.
Antara perkara penting di dalam kertas kerja termasuk,
- Latar belakang syarikat (Sekiranya ada)
- Kursus perladangan atau pertanian (Sebarang sijil atau surat menyurat)
- Tentang pertanian (sikap, faedah, penyakit dan masalah yang timbul)
- Kaedah pertanian (dari membenih sehingga la menuai)
- Lokasi perladangan
- Produk muktamat (End Product)
- Kos
- Pemasaran
- Perancangan masa panjang
Kertas kerja menjadi lengkap selepas Tajuk Pendahuluan di tambah, mengikut tujuan kertas kerja dibuat.
Kertas kerja lebih lengkap dengan di kepilkan dengan gambar gambar pertanian semasa atau pun yang sedang diusahakan.
Contoh kertas kerja ada DI SINI