Tanah yang wak cerita kan tempoh hari nampaknya sudah sampai waktu untuk di bersihkan. Ada kawan kawan yang mencadangkan untuk ditanam pisang, ada yang suruh tanam keledek, ada yang suruh tanam jagung dan ada jugak yang minta untuk bina kandang kambing. Ada jugak yang suruh bela itik. Waduhhhh tijah ..!
Tapi yang penting, kawasan itu perlu di susun. Modal untuk bersihkan kawasan pun boleh tahan juga. Sedang mencari quotation yang termurah untuk perkhidmatan tu.
Dalam minggu ni, minggu depan dan seterusnya, masa wak di habis kan di dalam hutan. Mencari cari punca air dan bagaimana punca air itu boleh digunakan untuk tanaman tanaman di sana kelak.
Perjanjian dengan tuan tanah perlu juga di buat, agar jangan nanti tanam dah tanam, ternak dah ternak, tup tup .. tuan tanah nak balik. Tak ke haru dibuatnya.
Pelabur sudah kelihatan. Nampaknya ramai yang berminat untuk mengusahakan pertanian di kala ekonomi bergolak.
Di dalam masa yang sama, ada pulak tawaran untuk mintak wak pajak tanah sekitar 100 ekar. Nak tanam apa pulak kat situ? Sedang di pikirkan.
Ramai kawan kawan yang berduit dan berwang sambut cabaran wak untuk bertani. Sanggup keluarkan modal dan kepakaran. Wak tolong aturkan saja.
Dalam pada itu, ladang limau wak yang 2.4 ekar tu pun sudah hampir 1 bulan usianya. Mahu di jenguk jenguk. Jangan nanti yang di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Masa ni la aturan jadual yang kemas perlu di titik beratkan.
Pada kawan kawan yang ajak ke sana dan kesini tu, wak minta maaf kerana tidak berkesempatan. Kekadang bila bersembang dengan kawan, kepala otak ntah kemana mana melayangnya, teringatkan ladang ladang dan kebun yang sudah tersemai di dalam kepala otak wak.
Nasib baik ada kawan yang baik hati mengupdate wartamaya .. Alhamdulillah.
InsyaAllah .. sudah ada perkembangan bergambar .. wak akan letak di dalam blog, untuk di kongsi bersama.
Jangan ingat blogger tak boleh bertani .. wakakakak !!!
Ingin di jadikan contoh, tanpa politik, hidup lebih aman, tenteram dan ingin menjadi contoh blogger yang beragan cuba untuk menjadi petani moden.
Jika PAS jadi MB Selangor : Subky Latif
10 years ago