Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, November 16, 2009

Mulberry : Kembali ke ladang

Hari ni sudah genap 21 hari menanam Mulberry. Perkembangan pertumbuhan pokok Mulberry Group 1 cukup memberansangkan. Lihat gambar di bawah ini ... Daunnya sudah banyak, lebar lebar pulak tu ...



Dibawah ini .. pokok group ke2 yang baru di tanam pada hari 11 November (Rabu minggu lepas), sudah menunjukkan tunasnya. Begitu juga yang ditanam di dalam beg sekam padi dan tanah merah. Nampak ada perkembangan.



Burung sudah pandai berbunyi

Bila lapar 'Tuah' akan mengibaskan kepaknya beberapa kali. DI dalam sangkar (Rumah kos rendah) nya agak sempit, jadi mungkin membuatkannya agak tidak selesa. Bila pintu sangkar dibuka, Tuah sudah pandai mengeluarkan bunyi ... menunjukkan dia lapar sambil mengangakan mulutnya.



Dia paling suka lepak kat tepi pintu dapor. Melihat lihat ke luar. Mungkin 'gian' nya untuk terbang pun datang. Melebarkan kepaknya sambil melompat-lompat. Tapi kakinya kirinya masih tidak berfungsi dengan baik. Kepalanya akan di teleng telengkan kalau mendengar suara burung di luar.



Tengok kakinya .. macam burung helang. sampai sekarang aku masih tak tau jenis burung apa kah ini ..


Aktiviti orang bersara

Ada orang takut untuk bersara. Bimbang tiada aktiviti yang akan dijalankan. Mungkin menjadikan seseorang itu rasa bosan.

Pagi Sabtu lepas, sempat aku sarapan pagi dengan seorang yang sudah pencen. Bekas polis katanya. Berkunjung ke rumahnya. Di tunjukkan beberapa kolam ikan. Ada 6 kolam ikan diperbuat dari kanvas. Modal kecil kecilan .. bermanafaat.

4 kolam untuk ikan keli. Satu kolam boleh isi 500 ekor. Selebihnya adalah untuk ikan puyu. Jual di kedai kedai berhampiran. Balancenya dimasak sendiri. Katanya, ikan puyu sedap dimasak lomak cili padi.

Disebelah kolam terdapat pokok pokok cili fertigasi. Katanya, setakat ini lepas lah duit belanja dapor. Hebat .. !
Sekurang kurangnya waktunya di manafaat dengan kerja berfaedah.