Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Sunday, December 20, 2009

Sibuk giler ...

Sibuk pun salah, tak sibuk pun salah.
Apa nak jadi dengan nko ni?

Tu la dia .. dulu macam tak der kerja. Kalau petang, tunggu kawan kawan call. Kalau ada, memang la boleh jumpa. Belah malam pulak macam musang. Dari lepas maghrib sampai subuh dok ranjau tenet. Belah pagi dengkur .. lepas tu petang jumpa kawan cari cerita, malam belasah lagi .. Tu la pusingan hidup.

Sejak tinggalkan blog politik ni .. hidup makin tenang, kerja makin terurus. Tapi sibuk semakin sibuk.Senarai kerja banyak lagi yang belum siap. Buat itu .. buat ini. Pergh banyak ni.

Tapi kawan kawan .. gua mau cakap sama lu, "Ada baiknya tinggalkan politik"
Mungkin istilah blog sesuai dengan blog politik .. Bila cerita pasal blogger, dalam kepala, blogger politik.
Dan kerana tu kawan bertanya "Apesal tak berBLOG lagi?"
Tapi dia tak tau gua masih berblog .. tapi blog pertanian.
Politik wa tak main .. !