Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, November 9, 2009

Burung apa ni?

Sedang sessi senda gurau petang petang bersama isteri, tiba tiba wak dengar benda jatuh di depan rumah. Diluar riuh dengan bunyi burung gagak. Tak perasan di rumput depan rumah wak tu, ada sekor burung yang sudah terlentang, terkapai kapai. Bila burung tu kibaskan kepaknya, baru wak nampak burung tu. Lama gak tunggu, kalau kalau dia boleh terbang semula. Tapi tak boleh nampaknya ..

Wak pun buat buat berani, pegang belakang badannya dan bawa masuk. Kakinya tercedera. Mungkin patah kot. Kepak ok, kepala ok .. ekor pun ok. Cuma kaki.

Dah sehari bela .. kesian gak. Wak suruh isteri potong-potong ikan. Dan kitorang masukkan ke mulutnya. Pada awalnya mulut nya macam nak menyerang, tapi lama lama, burung tu letih kot .. Mulut terbukak, kitorang sumbatkan dengan ikan tu. Dia makan. Selepas itu bagi air minum sikit.

Sekarang ni dah masuk 4 hari burung tu lepak serumah ngan kami. Dah sayang pulak. Tapi kakinya tak baik. Kalau di lepaskan, bakal jadi habuan burung lain. Dah bela pulak, kesian kat burung. Ingat lepas kakinya sembuh nanti, kitorang akan lepaskan dia. Tapi tak tau nak ubat camana. Cuma letakkan minyak urat .. Ntah apa apa punya doktor la ni.

Kalau lama sangat burung ni dengan kami, ingat nak ajar dia mengaji.
Sapa tau burung jenis apa ni ... ? Kata kawan, burung ni burung kat tepi laut. Sekarang dah masuk ke pekan. Saiz badannya kecil sikit dari gagak. Kalau burung ni tau cakap jawa, senang wak nak tanya.





Mulberry dah berputik

Kalau masih ingat, Mulberry kami ni baru tanam pada 27hb October lepas. Dan hari ni genap lah 14 hari usianya. Pagi tadi lihat perkembangan dan apa yang kami dapat, 15 pokok dari jumlah 58 pokok, sudah berputik. Dijangkakan sekitar seminggu dari sekarang buah dah kelihatan.






Hari ini sempat juga kami sediakan 124 polybag baru untuk semaian tambahan. Esok kami akan tambahkan 50 lagi. Kalau semuanya berjalan lancar, tanaman Mulberry di lokasi DE1 akan berjumlah (58 + 124 + 50 = 224 pokok)

Mengikut pemantauan hari ni ..
15 pokok sudah berputik
10 pokok masih tidak berubah
Dan selebihnya 33 sudah berdaun, belum berputik.

Minggu depan, Lokasi DE2 (Di jeram) akan dibersihkan untuk tanaman 1,200 ++ pokok. InsyaAllah.

Mulberry : Lokasi Baru, Benih pun baru

Alhamdulillah .. selepas meredah hutan, kami temui tempat lama pembiakan pokok Mulberry yang ditinggalkan. Dengan kebenaran ketua kawasan berkenaan, kami memperolehi sekitar 304 batang benih Mulberry untuk dibiakkan. Selepas dikerjakan selama 2 jam, ini yang kami dapat ..



Tu dia ... ! Kami akan buat proses seterusnya dan selepas itu, ia siap untuk disemai ...



Berdekatan dengan kawasan tersebut, kami diberikan sekitar 4 ekar untuk diusahakan tanaman Mulberry .. Kat pondok tu la tempat kami berehat nanti ... Bercadang untuk dibersihkan kawasan dan di daam tempoh 1 bulan, InsyaAllah .. tanaman dah boleh disemai.



Kawasan ini terletak di Jeram dan jarak antara jalan besar cuma sekitar, 0.4 km sahaja. Tidak jauh. Ditinggalkan buat sementara dan kami diberikan kebenaran untuk bercucuk tanam ..
Yehhhhaaaaa .... !



Tempa ni dulu cuba di usahakan ternakan lintah, tetapi terbengkalai .. siap ada takungan air.



Kolam ikan pun ada .... tenggak (signal ikan bernafas) menunjukkan ikan yang ada di kolam ini besar besar ... Burppppp !!! Terbayang ikan keli bakar masak lemak ... Perghhhhh !



Lepas ni sesiapa yang nak order benih Mulberry dah boleh ... InsyaAllah .. tapi kena datang collect sendiri.