Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Thursday, October 22, 2009

BSN ... bank haprak



Hari ni hari jadi anak aku. Kelapangan yang ada diwaktu pagi di manafaatkan untuk membeli barangan yang dia teringin sangat. Tak dapat lah beli barang istimewa dan mahal, tapi cukup sekadar nak bagi tau, mak dan bapaknya sayang padanya.

Selepas membeli barang, singgah kami ke BSN untuk masukkan wang anak anak yang dikumpul waktu raya lepas. Duit yang aku masukkan termasuk lah duit syiling, bernilai RM30 hinggit.

Maka isteri pun menunggu giliran untuk dipanggil ke kaunter. Nombor giliran di panggil dan isteri pun rapat ke kaunter. Serahkan borang masuk wang dan sebeban wang syiling yang tak seberapa tu.

Kerani tu lantas berkata, "Puan, saya akan tolak RM2"
Isteri bertanya, "Kenapa?"
Kerani berkata lagi, "Sebab masuk duit syiling"

Isteri aku agak tercengang jugak, tapi tengok kan je gelagat kerani tu. Dia masukkan wang di dalam mesin kira dan resit yang keluar memang kurang RM2.

Ini lah BSN rupanya .. Nak suruh kira duit syiling kena caj RM2. Kalau di bank lain tak pulak kena prosidur pelik cam ni.

Pada sesetangah orang, RM2 memang lah rendah nilainya. Tapi aku ni orang biasa. Kais pagi makan pagi. RM2 pada ku memang bernilai. AKu bukan broker kapal selam yang boleh untung ratusan juta. Aku hanya orang biasa. Minggu depan kami membuat keputusan untuk keluarkan wang anak anak untuk dipindahkan ke bank lain.