Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Thursday, October 15, 2009

Mulberry di Paya Jaras



(...)
Prof kata yg pokok2 ni boleh tumbuh tinggi melepasi bumbung rumah atau setinggi pokok kelapa dan akan berbuah sekurang2 nye 4 kali setahun. Dia akan berbuah lebih cepat dan rendang jika di cantas dahan2 nye. Aku mula menanam 6 pokok mulberry pada tahun lepas di depan rumah luar pagar dan alhamdulillah telah menikmati buah nye yg manis sebanyak 3 kali. Tapi pada kali ni yg terakhir aku mencantas sebelum hari raya haji tahun lepas, buah nye lebih lebat dan besar2 dari yg dulu. Buahnya sebesar ibu jari dan berwarna merah seperti strawberry tapi bila dah masak ia akan bertukar menjadi hitam atau dark purple macam black currant dan tersangat manis boleh dimakan begitu saje atau di kisar buat jus atau masak jadikan jem. (Baca lagi)

Testimonial Daun Mulberry




Selebihnya di SINI

Membonsaikan Mulberry



Mulberry sembuhkan kencing manis

TP nak share kisah ni...

Sepupu perempuan TP dah berkeluarga dan mengidap kencing manis...3 tahun dah tapi tak jaga makan dan tak buat rawatan pun...raya hari tu makin teruk...kandungan gula dalam darah pun sampai 19...sampai dapat 'gangrene'...berlubang kaki tuh...masa TP lawat dia..nampak
lemah dan susah berjalan...nak pergi dressing luka kat klinik..doktor tak bagi...suruh refer kat HKL....masuk terus wad...tapi dia ni takut sangat...maklumlah ...fobia kena 'potong'...lagipun dia risau sangat anak 'istimewa' dia..sapa nak jaga nanti...so dia cari lah kat sana sini ubat tradisional yang boleh mengubati penyakit nih...kesiannn

TP pun amat bersimpati dan kalau boleh nak tolong...entah macamna TP teringatkan si 'mulberi' tuh...tergerak hati TP nak suruh di cuba...tapi takut pulak dia berharap sangat dan menaruh harapan yang tinggi bila cuba teh mulberry tu...tapi pikir pikir ..tak rugi kalau cuba...kita kena berusaha..itu yang penting....TP pun bagilah daun teh tu dan minta dia amalkan pagi dan petang....

Itu cerita 3 minggu lepas...2 hari lepas pukul 10 malam...TP dapat call dari dia...bukan main suka dia!!! katanya dia pergi hospital untuk check darah....dan doktor pun terkejut amat....mana tak nya dari bacaan 19 terus turun sampai 4 !!!

Tambah lagi 'gangrene'tu pun semakin kering dan kecut dan menunjukkan kesan penyembuhan yang ketara.....alhamdulillah..syukurrr

Ini semua adalah kuasa tuhan .....kita hanya mampu berusaha sahaja..
Adakah rahmat ini datangnya dari teh mulberi?...TP pun tak berani nak kata ...tapi TP percaya kalau kita yakin tu....

Tu sahaja sedikit kisah untuk renungan kita semua...moral of the story...**** mencegah lebih baik dari mengubati ***

TP
dipetik di sini

Kelebihan daun Mulberrry


diterjemahkan dari SINI

Mulberry (Morus alba L) dikenali sebagai makanan utama ulat sutera. Namun, kegunaan tanaman yang berasal dari Cina dan dinamai 'sangye' ini tidak terbatas dimanfaatkan oleh penternak ulat sutera sahaja. Dari segi kesihatan tanaman yang dikenali oleh orang Sumatra sebagai kerta, atau kitau ini, juga berkhasiat untuk menyembuhkan berbagai penyakit.

Untuk keperluan mengubati penyakit, yang digunakan adalah bahagian daun, ranting, buah, dan kulit akarnya. Pada iptek.net.id disebutkan daun mulberry berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam selsema dan malaria, batuk, sakit kepala, sakit tekak, sakit gigi, rematik, darah tinggi (hipertensi). Juga untuk penyakit kencing manis (diabetes mellitus), untut (elephantiasis tungkai bawah), sakit kulit bisul, radang mata merah, memperbanyak air susu ibu (ASI), muntah darah, dan batuk darah akibat badan panas.

Kulit akar mulberry dapat menyembuhkan sakit gigi, tidak datang haid, batuk berkahak, sesak napas (asma), muka bengkak (ederna), kencing tidak lawas dan susah (disuria), dan cacing kerawit. Sementara buahnya berkhasiat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi), jantung berdebar (palpitasi), kencing manis, rasa haus dan mulut kering, sukar tidur (insomnia), batuk berkahak, kurang pendengaran dan penglihatan kabur, telinga berdenging (tinnitus), tuli, tujuh keliling (vertigo), hepatitis kronis, dan sembelit pada orang tua.

Ranting mulberry memiliki khasiat untuk menyembuhkan penyakit rematik, tangan dan kaki terasa sakit, sakit pinggang (lumbago), kejang pada tangan dan kaki, tekanan darah tinggi, dan menyuburkan pertumbuhan rambut. Untuk pengobatan ini ada dua cara yang boleh digunakan. Dengan cara diminum dan sebagai obat luar. Jika diminum, pilih bahagian tanaman mulberry lalu dibersihkan dan dikeringkan. Jika yang digunakan akar ambil sebanyak 10-15 gram. Jika yang pakai daun, ambil seberat 5-10 gram, direbus, disaring, kemudian diminum.

Sedangkan untuk penggunaan luar daun mulberry yang masih segar dilumatkan sampai halus kemudian ditempalkan pada bahagian kulit yang sakit (terkena gigitan serangga atau luka). Tanaman mulberry boleh dibuat teh. Mengkonsumsi teh mulberry secara teratur bisa memperkuat daya tahan tubuh terhadap berbagai penyakit, dan membuat awet muda. Teh mulberry tidak mengandung zat racun tehine maupun peptisida kerana daun mulberry yang digunakan adalah daun mulberry yang biasanya dijadikan makanan ulat sutra.

Kalau di Jawa disebut mulberry atau besaran, di Vietnam dinamakan may mon atau dau tam. Di Inggris tanaman ini memiliki banyak nama, di antaranya morus leaf, morus bark, morus fruit, mulberry leaf, mulberry bark, mulberry twigs, white mulberry, dan mulberry. Bunga murbei termasuk kategori bunga majemuk yang berbentuk tandan. Sedangkan buahnya mengandung air dan rasanya enak. Tanaman murbei tumbuh dengan baik pada daerah dengan ketinggian lebih dari 100 meter di atas permukaan laut. Agar boleh tumbuh dengan baik mulberry memerlukan sinar matahari yang cukup.

Lagi khasiat Mulberry DI SINI
juga DI SINI

Pembungkusan Teh



Cara buat teh di Jepun