Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, December 7, 2009

Produk bakal berada di pasaran !!!

Jeng jeng jeng ... !
Bakal berada di pasaran tidak lama lagi !!!

Persiapan sudah bermula sejak bulan lepas lagi. Di jangka siap sepenuhnya pada bulan Januari 2010. Untuk sebulan 100,000 unit akan dikeluarkan. Kalau tak dapat, pasti rugi ..

Ciri cirinya .. kita cerita kemudian. Wahhhhh .... !

Mungkin akan menyelesaikan kemelut dan teka-teki selama ini. Sambil tu kita sambung kerja ladang .. Wakakakak !!!

Atas faktor keselamatan ... gambar barangan terpaksa di lenyapkan untuk seketika !!!



Burung dah pandai berdiri

Ini cerita pasai burung yang aku bela dulu. 'Tuah' namanya, kalau nkorang ingat lagi. Masuk hari ni, lagi 2 hari cukup sebulan duduk dengan kami. Buat masa sekarang ni, kakinya masih lemah. tapi lebih cergas berbanding awal dulu.

Kalau ikut kata kawan, Tuah ni masih anak lagi. Tu sebab dia tak 'terror' terbang dan kakinya masih lemah. Tapi sekarang, dia dah bisa pegang kayu dan lepak. Tapi tak mampu nak lonjak terbang. Kami letakkan dia kat dalam sangkar kucing. Sekarang kucing 'Si gemuk' bengang je sebab tempat dia, Tuah ni dah cilok.

Member kata Tuah ni jenis burung ni "SEWAH"... betui ke? Kalau ikut bahasa inggerisnya "Sparrowhawk".

Kata member lagi, burung ni spesis helang. Tapi saiznya kecik sikit. Makanan 'favourite'nya, tikus dan ikan. Selalu terbang kat sawah padi. Dia mampu mengepak kaku diruang udara dan menjunam bila nak 'attack' mangsa.
Kalau dia terjun, mesti dapat tangkap punya. Matanya mampu pandang jarak yang cukup jauh dari ruang udara ke atas tanah. Power tu ..

Gambar kat bawah ni bila dia lapar ..
Dia akan berbunyi seperti helang dan mintak di suapkan mulutnya dengan ikan. Dia masih berbunyi macam orang makan sambil bercakap. Jenuh jugak aku nak sediakan ikan kembong 2 ekor sehari. Sekali makan, seekor. Kuat makan punya burung. Paruhnya dulu straight tapi sekarang sudah bengkok di bahagian depan. Kalau dia gigit sakit giler. Kukunya pun sudah kuat mencengkam.


Mulberry : Perkembangan terkini

Hari ni tak dapat nak jengok tapak semaian. Sorang teman tu je yang pegi. Dia sempat ambil gambar pokok. Kami jumpa tengahari tadi dan dia 'bluetooth' kan gambar ke handphone wak. Perkembangan tanaman selepas 1 bulan 11 hari. Cukup memberansangkan. Chewwwaaaaahhhh ... !

Untuk semainan 'batch pertama', semua dah lebat daunnya. 5 dari pokok Mulberry berbuah merah. Yang lain .. kekuningan. Dijangka seminggu lagi akan berwarna merah dan merah pula akan berubah menjadi hitam.



Batch ke2 pula, Semaian 'cubaan' kat guni menggunakan sekam padi bakar cukup hebat. Daunnya dah lebat.
Kalau dibandingkan dengan semaian di tanah merah, dia lebih gagah.