Hari ni ada sambutan hari raya kat sekolah anak aku. Yang bongsu ni dok sibuk cerita pasal benda tu dari hari Isnin lalu. Aku buat derk jer. Maklumlah, cerita budak budak kecik ni aku tak angkat pot sangat pun. Telinga dengar, tapi mata pandang tempat lain. Biar dia kecoh dengan mak dia jer.
Tapi bila semalam, aku dah mula panik. Dia kena joint koir la pulak. Pagi ni aku bangun pagi lagi. Nak siapkan anak dara aku ni sorang. Cari cari kasut, terjumpa la kasut yang cun sikit. Ingat nak bagi dia pakai.
Dia pilih lain .. aku pilih lain. Jadi aku kata, "Adik kena pakai yang ini, cunnnn .."
Biasa la .. bila aku ayat sikit, anak aku pun confident giler.
Hantar anak kemudian pulang. Bila tengahari ni aku ambik dia kat sekolah. Anak orang lain dah keluar pagar, anak aku masih tak kelihatan. Gelisah jugak di buatnya. Tunggu lagi. 5 minit kemudian, dia pun keluar sorang-sorang. Tengok di tangannya ada benda. Dari jauh aku tak perasan sangat. Bila dah dekat baru nampak, kasutnya di tangan dan bukan kat kaki.
Rupa-rupa, tali kasut 'cunnn' tu dah putus. Aduhhh .. kesian lak tengok anak aku tu.
Aku tanya apasal lambat sangat? Dia kata cikgu tolong betulkan kasut, tapi tak boleh. Aku ingat nak masukkan gambar kasut tu dalam blog, tapi bini aku kata, "Alahhh .. dah buang kat longkang sekolah".
Member yang sama tunggu anak sudah sms "Kenalah belikan kasut raya baru". Aku jawab "Biasa la .. kasut murah, cepat rosak". Huhuhu ...
Tu la pasal, ikut sangat cakap bapaknya.
Jika PAS jadi MB Selangor : Subky Latif
10 years ago