Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Thursday, August 20, 2009

Pekena cendol Leman


Adik ni memang suka makan cendol.
Perjalan dari Melaka ke Selangor. Singgah jap ke Negeri Sembilan. Masuk dari tol Pedas Linggi, terus ikut jalan dalam ke Seremban. Jumpa la kedai cendol dan nasi ayam. Kedai Leman Dawi. Dah pernah masuk TV kata diorang. Kalau makan cendol kat sini ... beli satu, tambah FREE.

Tu dia .. kereta beratur. Kalau nkorang lalu situ, memang sepanjang masa ramai orang. Tapi bulan Ramadhan nanti .. kalau ada yang datang ramai ramai tengahari .. memang melampau la.

Kalau sesapa nak rasa .. boleh cuba.

Anggur aku dah besar

Ehsan dari sifu .. beberapa batang pokok anggur diberi untuk di tanam. Tak pernah rasa nak jadi mat salleh tanam anggur. Tapi ok gak la ...



Pagi pagi sebelum kuar .. ucap salam dulu kat pokok Anggur. Balik kerja pun anggur ni dulu dapat salam dari aku.
Kawan kata .. treat pokok macam kawan. Senang dia membesar.
Ambik hati .. ajak sembang. Tapi tak boleh citer politik dengan pokok. nanti Pokok tu kata, "ehh ...giler ke mamat ni?"

Gambar cendawan


Sempoi tempatnya .. tapi complete dengan pejabat, tandas, tempat proses, tempat suntik benih, store ... barang dan semuanya.

Tempat campur bahan bahan sebelum masuk dalam bekas plastik. Ntah apa kandungannya ... tak tanya pun sebab tak mau tau rahsia. Kalau nak tau kena masuk kursus.

Stok tube .. tabung yang dah siap untuk dijual. Disusun dalam store. Usia lebih kurang sebulan. Tunggu untuk dijual.

Yang putih tu .. akar. Kalau tinggi akar tu kira kira 4 jari ... dah boleh jual. Satu tabung RM1.30. Boleh 6 kali tuai atau lebih. tapi untuk commercial .. seelok eloknya 6 kali maksimum. Setiap 15 hb. Lebih kurang la ....

Pondok ni kecik jer ... tapi dalam pondok ni .. ada 3,000 tabung. Dah siap untuk di tuai.

Ah tiub di susun cantik ... Lantai tu berair . jer ...
Ada siram air .. ada renjis air .. dan lantai sentiasa berair. Cam dalam hutan .. ada longkang kecik untuk sejukkan cendawan.

Tu dia hasilnya ... cunnnnn

Tu lagi ...

Zul sedang aksi depan pintu kawasan tanaman cendawan.


Ni lak .. cendawan dan siap tuai .. di masukkan dalam bekas plastik .. untuk jual. Boleh datang beli kat tempat ni .. lagi murah katanya. Tapi tak beli la plak.

Direct selling ... ok ke?

Ramai yang berjaya menjana pendapatan dengan memasuki urusan jualan langsung. Aku jahil tentang benda ni. Tapi ramai juga yang meng'hello' aku dan bagi tau mereka berjaya kerana direct selling.

Pakai kereta mewah .. rumah besar besar. Dan bestnya memiliki kenderaan PERCUMA dari syarikat. Iya ke? wahhhh !!!

Jadi mungkin masanya untuk aku campur tangan sikit.

Ada member bagi tau .. Ads4bucks ... satu jualan langsung yang mudah. Tapi bagaimana agaknya?

Kita tengok dulu.

Projek cendawan

Hari ni berkesempatan melawat projek cendawan di Puchong Selangor. Menurut kata En Zul yang saya temui, projek tersebut di bantu oleh kerajaan negeri selangor. Tujuannya untuk menjana pendapatan bagi orang kurang berkemampuan dan ibu tunggal.

Ramai juga yang berminat dengan projek itu. beliau kini seorang mentor yang menjaga sekurang kurangnya 10 projek. Benih dan hasil di kutip serta di jual.

Aktiviti
Beliau menganjurkan kursus, penjualan benih, mencampur dan memperoses benih, menjual hasil tanaman ... banyak lagi.

Gambar akan di download kemudian.
Tumpang bangga dengan hasil bangsa kita. Dok dibantu plak oleh kerajaan negeri.

Hebat .... dan nampak kesungguhannya.

Klik sini untuk mendapatkan info.