Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Wednesday, November 18, 2009

Bertemu jaguh MLM

Semua orang nak senang. Kau, aku, mereka dan semuanya. Tak ada orang nak susah. Kalau ada orang nak susah … tu gila namanya.

“Aku nak jadi cam dia .. “, sambil tunjuk jari pada BMW yang sedang luncur laju di jalan.
“AKu nak niaga cam si polan bin sipolan .. tengok tu dia sekarang bawak kereta Mercedes”, sambil kepala berangan angan indah. Macam macam la.

Kadang aku tak sedar bahawa yang senang tu .. dulunya susah. Bila dah senang, baru kita Nampak. Masa dia susah, kita tak tengok pun. Maklumlah kereta murah ni banyak kat jalan, tapi yang mahal .. kadang... kadang.

Kalau ada kereta Merz .. kepala kita memusing. Dalam kepala pun mula berangan. Tak semudah tu kawan. Bukan nak ubah income, tapi nak ubah attitude. Yang malas, jadi rajin. Yang leka, jadi peka. Yang lembab nak ubah jadi cergas. Tu yang susah. Bila attitude dah berubah, income pun berubah. Nak berubah .. wooo …mudah nya nak Berjaya. Tu kata lepas orang dah senang.

Semalam aku 'ter'temu .. tak sengaja bertemu dengan sorang jaguh MLM. Kalau nak Berjaya, kira jaguh la. Usahanya Cuma 2 tahun. Tapi incomenya dah 5 angka. Sebelum ni, tak pernah cerita pasal MLM pun. Tapi sekarang .. waduh .. hebatnya. Cerita masa kaya, tak syok. Tapi cerita tentang susah menjadi senang .. itu yang menarik. Kalau boleh tiru .. satu lagi orang kaya akan ujud. Aku cuba selongkar rahsia.

Brader ni mulakan niaga dengan RM4,000 … waduh banyak tu. Tapi kata dia, besar lagi modal business burger…Hmmm .. memang la. Tapi pulangan nya lumayan. Barang MLM yang dijualnya bukan murah. Satu barang je, harganya RM180 satu. Kalau dalam kepala kita, nak cari orang beli ..memang susah. Tapi pada dia senang je. Susah waktu mula dulu .. katanya.

Tak payah aku nak jelaskan siapa kah dia, dan barangan apa kah yang dijualnya, nanti orang kata aku nak promo pulak. Tapi kejayaannya telah dicapai hanya selepas 2 tahun pembabitannya di dalam perniagaan tersebut.

Lebih kurang temubual aku dengan dia.

S : Sebelum ini hang kerja apa?
J : Saya jual filter air bang.

S : Masih buat lagi business tu ?
J : Tidak ..dah setahun berhenti.

S : Kenapa?
J : Banyak saingan, untung pun sikit.

S : Sejak bila berkecimpung di dalam perniagaan baru ini?
J : Baru masuk 2 tahun.

S : Pernah susah?
J : Dulu saya orang susah. Hutang keliling pinggang. Setiap bulan pening nak bayar ansuran kereta, sewa rumah dan macam macam bil.

S : Berapa pendapatan sekarang?
J : Purata RM40 ribu bang. Tapi untuk bulan ini RM48,000.

S : Cuba cerita sikit rahsia kejayaan …
J : Sabar … kerja bersungguh-sungguh dan dalam MLM ni mental kena kuat.

S : MLM ni susah ker ? BUkan ke tak semua orang boleh Berjaya dalam MLM?
J : Semua boleh buat bang .. tapi kena ada cara. Ada 3 peringkat. Samada kita nak jadi pengguna, penjual atau penubuh network. Kalau setakat pengguna, tak lah senang sangat.
Dulu mula mula … ramai orang komen. Dalam 10 tak tentu ada orang yang join. Bila sebut MLM .. semua paling muka. Masih ingat kejadian di Melaka, saya jumpa kawan baik. Dia orang pertama saya jumpa. Bila saya cerita, Dia kata, suruh saya buat dulu. Frust jugak, tapi bila saya mula tukar kereta mewah, dia kata “ Kalau lah aku mula bersama dengan kau dulu, tentu aku senang cam kau “ Kalau .. kalau .. kalau. Perkataan ‘kalau’ ni selalu guna selepas kecewa. Kenapa kita tak gunakan ‘kalau’ sebelum kita buat sesuatu.

Saya bersendirian, satu ahli keluarga pun tak der yang masuk sampai ke hari ini. Tapi sekarang downline saya sudah mencecah 10,000 orang. Mula dulu, bila orang ketawakan kitam, kecewa betul. Kita tertekan apabila ditekan. Kerana itu mental memainkan peranan. Kena betul betul tabah.

S : Berapa modal mula start dulu?
J : Saya keluar belanja RM4,000 lebih. Saya beli barangan dan bawa pulang. Untuk menjual satu barang pun susah. Tapi saya terus usaha. Keluar ke sana dan kemari. Kos perjalanan pun cecah lebih RM1000. Tak ada income untuk waktu tu. Kalau tak tabah, lama dah saya berhenti. Saya tak pernah buat MLM sebelum ini.

Selepas bulan ketiga, baru ada perubahan. Ada sedikit komisyen masuk dalam akuan. Tu pun tak seberapa. Saya teruskan juga usaha. Modal dah keluar. Kalau boleh saya nak dapat kan balik. Perubahan kemudiaannya berlaku dari hari ke hari. Kita dah tau pasal produk dan terus bertemu dengan orang ramai. Kerap keluar. Kadang kadang terpaksa tidur di tepi jalan. Jaga downline, dan terus berikan semangat.

Dalam tempoh setahun, saya dah dapat balik semua modal. Modal barangan dengan kos ke sana ke mari yang saya keluarkan sejak mula dulu. Masuk tahun kedua … semuanya sudah berubah dan peningkatan berlaku sedikit demi sedikit sampai la sekarang.

Sekarang Alhamdulillah .. tak der la pening cam dulu. Ada orang baru boleh dapat modalnya semula dalam tempoh Cuma 3 bulan. Sekarang senang, tak macam dulu. Dulu orang tak caya sangat. Tapi barang bagus dan orang mula pentingkan kesihatan. Jadi senang nak jual sekarang.

Esok saya akan ke Indonesia untuk buka satu cawangan. Sekarang sudah ada 3 cawangan di Indonesia. Di sana pasaran lebih luas berbanding Malaysia. Setiap bulan saya akan ke sana untuk jumpa dengan downline di sana. Buka ofis dan bukan PT (Dalam bahasa Indonesia : Petey, bermakna syarikat)

Buat apa pun memang susah pada mulanya. Tak kira la apa pun, tapi semangat kena ada, hati kena tabah, mental kena kuat.

Yang boleh ikut .. boleh ikut. Yang tak boleh ikut, sekurang kurangnya 30% dari jumlah income dia tu pun dah kira bagus. Cuma jangan terkejut, kalau dah dapat jumlah target kita, lepas tu senang nak meningkat. Katanya, Susah tu masa mula saja. Masa terlalu suntuk, tak lama member dia call dan dia minta diri .. Ambil kunci, ucap salam dan kereta BMW bernilai RM250,000 pun berlalu.

Aku tengok je ….

Menjejaki jutawan senyap (silent Millionaire)


Sempat aku menjengok buku lama yang aku beli pada tahun 2004 dahulu. Kalau ikut detail pembelian, aku beli buku tu di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 26/12/2004 … jam 5.40 petang. Huh lama dah tu ….

Buku tu lebih kurang menceritakan tentang ramainya jutawan senyap kat Malaysia ni dan cara cara untuk menjadi jutawan senyap. Disebut di dalam buku tu, merujuk kepada Utusan Malaysia, 300 orang penyimpan didalam Tabung Haji adalah mereka yang mempunyai wang lebih dari RM10 juta. Dan lebih kurang 500 orang di dalamnya mempunyai wang lebih RM1 juta. Bagaimana jutawan senyap ni menjadi jutawan?

Di dalam buku tersebut, pengarangnya Chef Li, menceritakan tentang pengalamannya bertemu dengan jutawan senyap didalam sessi kuliahnya. Berwawancara dan sebagainya. Chef Li ni, seorang pakar motivasi dan juga guru memasak. Di dalam aktivitinya itu, berkesempatan bertemu dengan jutawan senyap dan bakal jutawan yang mengikuti kursusnya itu. Kursus yang di buat kebanyakannnya tentang cara memasak. Tak kira la, memasak apa jenis masakan, tapi yang boleh di fikirkan adalah cara memasak untuk membina industry pemakanan.

Di mention jugak, bagaimana untuk menghilangkan rasa malu untuk berniaga kecil-kecilan sehingga membawa kepada kejayaan. Siap ada contoh lagi. Kalau boleh di ikuti cara dan kaedah yang terdapat dalam buku itu, insyaAllah kot boleh jadi jutawan. Bagaimana pun memang isi kandungan nya menarik untuk dibuat pedoman di dalam mencari jalan untuk berniaga sehingga lah berjaya. Selebihnya itu, kita punya usaha dan kreativiti.

Keratan menarik aku petik sikit dalam buku tu,
Kita tidak perlukan pinjaman. Kalau kita pergi ke bank pun kita tidak akan di layan sewajarnya. Kebanyakan institusi kewangan tidak berminat membiayai “business” picisan jenis begini – kecualilah Along. Bank tidak tahu pendapatan kita. Mereka tidak menjejaki jutawan senyap…
Satu lagi, kisah seorang Cina yang berniaga,
“Semalam belum titun punya jam … gua angkat sepuluh keeping sotong kering. Gua kasi masuk dalam tong (tempayan), belakang (kemudian) gua taruk air abu. Sekalang pagi, Lu tengok itu sotong manyak busat wooo …”
Ada banyak lagi kisah menarik di dalam buku tu …
Kalau sesiapa yang nak baca buku tersebut, mungkin masih ada lagi dalam pasaran. Tajuknya Menjejaki Jutawan Senyap (Silent Millionaire). Harganya, RM29.00 untuk West M, dan RM32.00 untuk East M. Percetakan Ameen dan di kulit bukunya ada tulis … www.ameenbooks.com.my.
Selamat membaca….. dan semoga memperolehi petunjuk dan semangat.