Semenjak dua menjak ni, memang sibuk giler pada produk lain yang akan kami lancarkan pada bulan Mac 2010. Bukan tak nak bagi tau produk apa, tapi malas nak kecoh kecoh dulu. Dah bai'ah dengan kawan kawan. Kalau nak advertise pun .. tunggu lampu hijau. Wakakak !!!
Dek kerana sibuk tu la maka, rumput lebih tinggi dari pokok. Kesempatan yang sama juga kami gunakan untuk membaja pokok Mulberry dan Limau. Kang merajuk la pulak pokok tu.
Selepas membaja ... kitorang pun mula nak potong rumput sekitar. Kitorang guna mesin kawan. Nak bagi tau .. mesin tu guna minyak petrol. Bukan guna letrik. Kalau guna letrik kang, jenuh pulak kawan nak bayar bil. Wakakaka !!!
Tengok member tu sedang bersilat dengan rumput liar. Siap tutup muka. Just nak bagi tau, penutup muka tu adalah pemberian kawan yang pulang dari Kedah. Dia kata macam nak gi laut .... (Aku rasa dah macam nak rompak bank). Bila dah habis guna, sorok kat bawah seat kereta, takut nasib tak baik, kena tahan polis lak. Silap silap hari yang sama ada plak perompak rompak bank. Tak ke naya dibuatnya.
Bila dah selesai memotong, baru la nampak ok sikit.
Rupanya rumput dah doakan hujan turun. Jam 2 petang, hujan pun mula turun.
Kitorang sini terpaksa la bertani. Maklumlah .. orang macam kami ni mana la ada homestay untuk disewa. Hu hu huh ... Nyampah aku.
Jika PAS jadi MB Selangor : Subky Latif
10 years ago