Petang semalam sempat gak aku menonjolkan sikap bapa mithali aku pada jiran jiran. Yehaa ... Aku antara yang berpusu-pusu menanti anak di sekolah. Kesempatan ni tak selalu dapat aku lakukan sekarang kerana sibuk dengan urusan. (Macam la sibuk sangat)
Ketika menanti, sambil memantau kalau kalau anak sudah keluar, bertemu la aku dengan seorang kawan yang juga sedang menanti anaknya. Dia ni seorang dari AJK PIBG sekolah tu. Maka bercerita la aku.
Aku memang tak tau betul atau tidak, tapi sekarang, pihak PIBG di berikan tanggung-jawab baru pada tahun ni. Apa dia? Hah .. diorang kena bayar bil letrik dan bil air sekolah anak mereka.
"Biar betul bro?", kata aku. Dia jawab, "Betul la ni".
Lagi cerita yang menarik adalah, untuk tahun ni, guru-guru tidak diberikan elaun untuk buat kelas tambahan(Tuisyen). Kalau betul la cerita ni, apa lah maksud semua ni agaknya.
Jika PAS jadi MB Selangor : Subky Latif
10 years ago