Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Wednesday, October 21, 2009

GREEN TEA MULBERRY (30 UNCANG) RM25.00



Iklannya di sini

Biarkan sejadah sembahyang

"Yang nkorang ni bila nak sembahyang? ", tanya imam surau.
"Tunggu lepas sejadah sembahyang", kata budak nakal.
"Sejadah tu pelik tengok nkorang tak sembahyang", sambung Imam.

Gempar ! Sejadah sujud

Gempar !
Orang lain buat gempaq .. wak pun nak buat gempaq gak.
Orang lain gempaq dengan 35 sejadah bersolat, wak buat gempaq dengan sejadah sujud,opsss ... sujud sejadah laaaa.

Wak nak citer tenang sujud sejadah ni. Kalau sapa yang tak biasa dengan sujud sejadah ni, kena la belajar sikit. Jangan nanti kalau jemaah lain buat sujud sejadah, kita bantai sujud terus. Kang terdahulu pulak kita dari imam. Ini bukan citer pasal orang lain tapi wak sendiri dah kena. Pengalaman tu ..



Cam ni....

Sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah. Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah orang yang membaca ayat sajadah dalam solat, orang yang membacanya di luar solat, orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca. Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud sajadah.

Jika seseorang itu membaca al-Quran bersendirian dan sampai pada ayat sujud sajadah hendaklah dia sujud. Manakala jika seorang imam membaca ayat sajadah lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia pun sujud, maka wajib bagi makmum mengikut imam dalam sujud.

Dalam tertib sujud pula disunatkan bertakbir sebelum sujud dengan tidak mengangkat kedua tangan dan hendaklah memelihara adab ketika sujud seperti mana sujud dalam solat. Bacaan yang disunatkan dalam sujud sejadah ialah Allahumma laka sajdtu wa bika aamantu, wa laka aslamtu, sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa sawwarahu, wa syaqqa sam'ahu wa basarahu wa quwwatihi, fa tabarakallahu ahsana al-Khaliqin.

Adapun syarat sujud bagi mereka yang di luar solat adalah seperti berikut; pertamanya suci daripada hadas kecil dan hadas besar, keduanya; menutup aurat, ketiganya; berniat untuk sujud sajadah, keempatnya; menghadap kiblat, kelimanya; takbiratulihram dan takbir bagi sujud, keenam; memberi salam.

Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud, seperti berhadas kecil, dalam kenderaan atau mendengarnya dari corong masjid, maka diharuskan mengucapkan:
SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar.

Wak bukan la terror sangat .. tu pun wak paut dari sini.
Kalau ada soalan .. nkorang tanya la ustaz tu ..