Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, December 14, 2009

Oh isteri ku sayang ....

Hah .. akhirnya aku dah dapat talipon aku balik. Masih terletak di atas meja member tu, ketika aku hilang ingatan malam tadi. Disebabkan talipon ni lah ... aku kena sindir dek bini aku pagi tadi.

"Hah bang .. lain kali benda tu pun awak tinggal merata-rata", kata bini wak.
"Amboi .. amboi .. amboi ... cantik nya bahasa. Aku sumpah jadi batu kang .. kang ...kang ..", wak cuba ugut.

Tapi bini wak buat derk jer .. Dalam hati, "Dia ni tak takut aku ke?"

Lepas bergurau senda seawal pagi lagi, aku pun 'start' keta bodoh aku tu untuk gi ke pejabat. "Brooommmm !!!" ... bunyi macam keta lumba.

(Note: Rupanya kalau keta dah lama tak servis, bunyinya pun macam keta lumba. Tak caya, nkorang cuba )

Bila turun dari pejabat ... Aku berubah jadi sombong. Talipon dah ada di tangan. Ha ha ha ....
Biar pun talipon tu murah, tapi banyak dah jasanya. Kalau tak der talipon tu, camana finance nak suruh aku bayar installment keta? Kerana usaha ni la maka diorang boleh buat business.

"Troooottt .... troooooottt....." Bunyi talipon ..
"Hello .. ni encik tot tot (nama censor) ke?"
"Ye ... saya...good moooorrrrninnngggg ! ", dengan bangga menjawab.
"Hello cik .. keta Encik dah tunggak 3 bulan", kata suara dalam tepon. Aku terus naik bengang.
"Hello .. nkorang ni tak der kerja lain ke? Awal awal pagi dah kacau orang", wak basuh dia.
"Memang ini kerja kami Encik", kata suara tu.
"Oh ye ke .... Ok .. kalau cam tu, minggu depan saja saya bayar", Aku jawab.
"Tak boleh Encik .. kena bayar minggu ni", kata suara tu.
"Apesal tak boleh lak? Dah memang cam tu kerja saya .. nak buat camana?", aku jawab.

Tapi aku acah je. Lepas dia call .. terus aku gi ke Amfinance dan bayar. Cehh .. sekali lagi aku dengan sombongnya keluar dari pintu finance. Walaupun realitinya aku cuma bayar RM300 je, sedangkan jumlah yang aku kena bayar adalah RM500/sebulan. Dalam poket ada balance RM23 ... kira ok la.

Kat luar finance, Mata melilau lilau .. pantang tengok muka samseng, dalam hati pun berkata, "Ya Allah .. jangan la diorang tarik keta aku".

Apa apa pun .. tak kesah .. aku dah dapat bini aku balik.
Isteri ku sudah pulang ke pangkuan ... wakakak !!!

Tertinggal isteri

Sesampai di rumah, baru aku perasan. Lampu dalam kereta aku bukak, belek dicelah kerusi, celah drawer ... celah segala galanya. "Ehh .. di mana ni?",hati makin tak senang. Cek lagi bawah kerusi. Ku julur kan tangan kat bawah kerusi. "Tak der juga ! ... Ceh .. !", dalam hati berkata.

Tak puas hati .. aku cek pulak dalam beg .. "Adoiii ... ". Habis semua poket beg, aku selongkar. Risau sungguh aku ni ..
Yang ada cuma 'lighter" ... "Camana ada lighter dalam beg sedangkan aku tak hisap rokok?" Cehhh ... (Selingan : Jangan hisap rokok .. membahayakan kesihatan anda)

Dah puas cari masih tak der. "Dah tua ke atau dah gila aku ni.", dalam hati nyesal. Mungkin sebab aku sendiri kelam kabut malam tadi. Sejak awal lagi, rasanya macam ada yang tak kena. Mula-mula remote kereta pecah time meeting malam tadi. Punya la banyak benda lain boleh dipijak, tapi dia cari remote keta aku juga. Dah la pecah, beteri lak hilang. Pergh ..

Lepas tu masa nak pulang, aku terpusing-pusing, ke hulu-ke hilir, dalam pejabat. Tak semena-mena hulur tangan kat kawan-kawan yang sedang bersantai dan terus pulang ke rumah. Macam kena sihir pun ada ...

Sesampai kat rumah plak .. baru la teringat 'bini' aku tertinggal. Cetttt ... !

AKu buka seluar dan tukar kain pelikat, Kepala perlahan lahan letak atas bantal. Dalam kepala macam macam benda tak baik difikiran. Dia kena colek, kena cilok. Camana kalau ada yang ambik, tapi tak mengaku. Adoii ..habis la aku. Tak senang betul rasa hati ni. Turun semula ke bawah, cek poket seluar, cek semula dalam beg, cek lagi dalam keta.

"Confirm ... SAh ..... Yakin .... memang tak der!"
Handphone aku tertinggal ... ! Siooootttt ...

Dulu zaman tak der handphone, tak pulak rasa cam ni. Baru sekarang ni kalau sedetik tak der bersama, setahun rasanya.

Pada kawan kawan yang cuba untuk hubungi aku hari ni .. "Sorry .. bini gua tertinggal"


Adoi mak ! ... Pokok aku cedera

Rasanya dah hampir seminggu tak tengok ladang. Sibuk yang bukan bukan. Macam macam nak buat, sedangkan tangan aku cuma ada dua. Aku lupa nak belajar ilmu sotong.

Hari ni jumpa kawan. Dia kata, "5 pokok kita kering .. !"
"Adoi mak ! .... Pokok aku cedera", kata dalam hati.
"Camana boleh jadi cam tu?", aku tanya.
"Tak tau ... kita kena siasat", balas kawan.

Dia bluetoothkan gambar kat bawah ni ... hampir keseluruhan pokok dah sekurang-kurangnya keluar 12 daun.
Tengok gambar kat bawah ni memang siyooookkk .. !


Tapi bila tengok gambar di bawah ni .. bertukar sedih la plak. Maklumlah, pokok ni bernyawa. Kalau mati la satu, sedih rasanya ... Daunnya bertukar kering .. kering giler .. Tengok daun kering ni .. teringat la plak zaman jahilliah dulu ...

Di bawah ni pun sama.
Tapi member dah replace dengan pokok yang kitorang tanam dalam guni kat luar tu. Tujuannya untuk di kawankan dengan pokok yang dah mati .. Mana la tau kalau kalau dia hidup balik. Hu huhu .. (Nasib baik la tak jual pokok yang mati tu kat Elisz. Kalau tidak .. mampus aku kena belasah cow cow nya)


Pokok yang sedang lebat berbuah pulak, macam dah tak ada masalah. Kawan bagitau .. dari buah hijau ke merah, ambik masa hampir sebulan. Tapi bila dah merah nak berubah ke hitam .. cuma amek seminggu. Bila dah hitam .. buah pun hilang, kena kapor. Bermakna dari buah hitam ke mulut, tak sampai 1 hari .. wakakak!!!

Sejak dua menjak ni aku tak dapat ke ladang. Sibuk satu hal .. dalam masa yang sama, badan rasa tak sihat. Kata doktor, tekanan darah turun mendadak. Sedang mencari punca ... siasatan akan dijalankan. Kata sorang kawan tu .. suruh aku terus turun kan darah, senang nak jalannnn.

Siut . dia memang dengki ya amat dengan aku.