Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Sunday, October 11, 2009

Tahniah Isa Samad

Bukan nak menyebok cerita pasal politik, tapi sekadar nak ucap kan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad kerana berjaya kembali ke arena politik dengan bergelar ADUN Bagan Pinang.

Kekalahan PAS di pilihanraya ini bukan lah satu perkara besar kerana selama ini pun Bagan Pinang memang kubu kuat BN. Tapi yang menjadi pengajaran adalah PAS perlu muhasabah diri. Termasuk PR sendiri.

Kemenangan Pakatan Rakyat bukan kerana ianya PR dan perjuangannya, tapi kerana orang dah muak pada UMNO. Kalau UMNO boleh diterima rakyat, PR tak ada tempat.

Kepada Pemimpin PR, sila lah tengok tengok diri tu. Banyak yang tak kena dan ramai juga yang perasan diri tu glamour sedangkan sekadar nasib baik. Belum apa apa dah gila jawatan. Mula mula memang pada 2008 nampak la muka, lepas tu batang hidung pun tak ada.

Jadi .... jangan lupa diri, jangan jadi ego.