Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Saturday, December 26, 2009

Mulberry : Perkembang setakat ini

Dah hampir seminggu tak turun ladang. Perkembangan cukup memberangsangkan. Catatan perkembangan, kami ambil untuk melengkapkan kajian. Untuk sekadar perbandingan, mari kita lihat perbezaan antara 2 lokasi penting.

Masih ingat?
Dibawah ini adalah gambar yang diambil pada bulan lepas, tarikh 10hb. November 2009. Dan dibawahnya di ambil pada semalam, 25hb. Disember 2009. Tempoh sebulan 15 hari.


Dibawah ni pula .. gambar di ambil pada juga pada 10hb.November 2009 dan bandingnya dengan gambar di bawahnya, bertarikh 25hb. Disember 2009.


Menurut kawan yang sama sama membuat kajian, perbezaan ketara kelihatan pada akar pokok Mulberry kami. Di tanah merah, akarnya berkembang ke arah tepi. Sementara di sekam padi bakar, akarnya turun terus ke bawah. Mungkin arah pergerakan akar merujuk kepada aliran air yang berlaku ketika hujan.

Hari ni sempat gak kami ke lokasi pertanian di Jeram. Dalam membelek pokok yang ada disana, kami sempat perhatikan siput sedang kyusuk melepak pada daun. (Rujuk gambar kat bawah) Siput jenis apa pun aku tak tau. Kata abang yang ada tinggal di sana, dia kata, "Ni siput gasing kelantan".

Abang tu main suka suka letak nama. Wakakaka !!


Gambar-gambar perkembangan yang diambil khas untuk tatapan Albanjari. Wakaka !!!

Hang Kasturi


Aku masih ingat masa beli anak pokok limau kasturi kat Semenyih 5 bulan lalu. Tokey tu kata .. 6 bulan nanti akan keluar hasil.

Sebelum tempoh tu, aku dan kawan dok sibuk memetik buah limau yang tumbuh awal.
Dijangkakan bulan Januari nanti, buah limau kasturi akan mengluarkan hasil yang 'syok'.
Besar besar dan lebat ..

Tengok gambar kat atas tu .. bunganya sudah keluar dengan lebat.
InsyaAllah .. pada bulan tu, kitorang akan sibuk memetik buah limau untuk jualan kali pertama.

Orang Perak jangan marahhhhhh ....