Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Saturday, December 5, 2009

Mimpi harta karun

"Wak .. aku rasa malam tadi aku mimpi harta karun", kata teman.
"Ye ke .. bagus tu ... ", sekadar jaga hati.
"Betul ni .. ", kata teman lagi.
"Ok ... kamu ingat kat mana harta karun tu?", tanya wak pada teman.
"Tempatnya kat tempat biasa ... jam 10.30 kita jumpa. Barang barang saya bawak", kata teman lagi bersungguh sungguh.

Sesampai tempat yang dimaksudkan, teman sudah mencapai pengorek tanah dan dia mengorek sedikit demi sedikit.


Wak tunggu dibelakang penuh yakin dan harapan. "Waduh ... kaya kita kali ni !", wak kata pada kawan wak tu. Terbayang nak beli kan isteri wak kereta Porche Chayene .. "Hmmm ... 2 buah ok kot? Satu untuk isteri, satu lagi untuk wak".

Dalam pada tu wak terpikir, "Kalau jumpa peti besar, sah .. ! kena panggil crane untuk tolong angkat". Tapi bimbang juga kalau kalau tukang bawak crane tu nanti pecah lobang cerita kat orang lain. Kalau jumpa kotak harta karun, soal angkat tu kemudian cerita. Yang penting, korek mesti terus korek.

Jam dah menunjukkan jam 1.30 tgh. Di surau berdekatan Tok bilal sudah sedia untuk melaungkan azan. Tapi teman nampaknya bersungguh-sungguh mengorek lagi tanah. Tak ingat waktu agaknya. Tapi Lobang semakin dalam, namun tak kelihatan sebarang bentuk kotak atau peti. Cacing-cacing tanah yang besar saiznya sudah mula kelihatan. Bau semakin kuat.

Dia garu garu kepala .. "Wak kenapa tak tolong korek?", dia tanya.
"Aku tolong la ni .. tak nampak ke?", wak kata pada dia.

Wak tunjukkan tanah yang dia korek tadi padanya. Wak dah masukkan dalam plastik.

Selepas tanah tu kami kumpul .. kitorang terus semai anak benih. Tepat jam 4.00 petang, kami pun pulang. Harta karun kalau ada pun, kami akan korek lain kali. Hari ni dah penat.

Menjadi jutawan dalam masa singkat

Seorang wanita tunggal yang hidupnya dibawah bantuan kebajikan masyarakat, sengsara, kecewa telah menjadi jutawan dalam tempoh 4 tahun. Sudah mempunyai anak dan berjaya sebagai peniaga hartanah. Berpunca dari hanya membawa buku "bagaimana nak jadi kaya". ...



Dan dibawah ni bagaimana seorang remaja berjaya menjadi jutawan dalam tempoh umur yang muda. Ketika umurnya 5 tahun, dia sudah berjaya kumpul wang sebanyak USD15,000 hasil jualan dan kemudian berjaya melalu internet. Seorang lagi remaja pompuan berumur 17 tahun sudah mempunyai pendapatan sebanyak CUMA USD70,000 sebulan. Chet .. sikitnya .. wakakak!!!



Mula mula nangka madu


Lepas tu ....