Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Thursday, December 31, 2009

Menamakan produk

Nak buat mende ni pun bukannya aku pandai sangat. Tapi terpaksa buat sebab kalau kita keluarkan barangan, jangan sampai ada pihak lain yang cilok nama produk kita. Atau kita sendiri tercilok nama produk orang lain. Susah la pulak ...

Jadi untuk elak sebarang perkara tak di ingini berlaku, baik sediakan payung sebelum hujan.

Bila kita dah decide nama produk kita, dinasihatkan untuk di'trademark'kan jenama tersebut. Caranya .. jeng jeng jeng .. kena gi ke Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Yang tak biasa mungkin sukar, tapi kalau meniaga tak cukup modal macam aku, kena la buat sendiri.
Susah senang pun kena panjat bangunan yang tak pernah aku jejak. Yeahhh .. DAYABUMI.

Naik ke tingkat 32 .. anda akan temui pejabat yang kita cari. Caranya .. kena buat carian dulu. Siapa yang buat? Kita sendiri yang kena buat.

Masuk bilik, disediakan komputer dan sistem yang tak pernah aku tengok, kemudian tersusun fail fail yang tak pernah aku sentuh. Perlu bayar RM10 untuk sejam pertama dan bila masuk je .. kena cepat buat carian. Kalau masuk ke tempoh 2 jam .. RM10 hinggit lagi kena bayar.

Bila dah confirm .. nama tak der orang lain guna, kita ambik borang untuk di isi .. Ada lebih kurang 4 helai borang semuanya. Nama borang tu "TM5" disertakan borang untuk angkat sumpah lagi ....


Selepas semua dah siap di isi .. pulangkan borang berserta jenama kita tu .. dan bayar RM250. Surat sumpah tu kena cop oleh COMMISSIONER OF OATS. Tapi yang aku perasan, kalau company besar dan banyak duit .. diorang upah consultant .. Maka ramai la agen agen kat opis tu .. tengah buat kerja.

Kita terus melangkah ke seterusnya .. (shhhh ... jangan bagi tau orang Perak) Wakakaka !!!