Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, August 31, 2009

Touch & Go ... yang bodoh pun boleh berniaga tau

Perjalanan aku ke Melaka semalam nampaknya tidak menggunakan Touch & Go. Kerana ... hari terakhir untuk tukar kad Touch @ Go kepada kad baru (Yang berlambangkan 1Malaysia) adalah pada 29hb. Ogos 2009.

Tak per la .. aku tak kesah sangat sebab peralanan jauh. Bayar pada kounter Toll pun bukan selalu sangat.

Mengenangkan keesokan harinya aku perlu kesana dan kemari... maka aku terpaksa gak cari kad T&G baru. Semalam, ketika di pejabat Toll persimpangan KLIA dan Subang jaya .. kerani kaunter pejabat di sana bagi tau "Encik .. kad dah habis .. Encik boleh pergi ke pejabat di Batu Tiga lama ... ". Kerani tu merujuk kepada pejabat PLUS yang berada di Federal Highway sekitar Kelang.

OK la .. dan hari ni aku pergi lak ke tempat yang disebut. Kerani kounter pulangkan kad semula pada aku dan berkata .. "Encik kena pergi ke Toll Batu Tiga di Subang Jaya .... Stok kami dah habis" .. Merujuk pula pejabat berhampiran Kilang Gula CSR.

Aku pun berkata pada kerani tu .. "Kalau semua tempat dah habis ..aku nak gi mana lagi?
Semalam kata kat sini .. Sini kata kat tempat lain .. lepas ni ntah mana lak aku kena pergi.
Kalau dah tak efisyen .. jangan letak dateline.
Sekarang kad lama tak boleh pakai .. sedangkan stok kad tak ada ..
Plus ni ada akal ke tak?"

Maklumlah bulan puasa ni kan ... kesabaran tu kurang sikit. Malahan lagi .. sebelum ke pejabat plus .. kita kena lalui toll. Bayangkan kalau 3 toll semata mata nak tukar kad, berapa banyak caj toll yang aku kena bayar?

Kalau ada tak per .. kalau tak der? Sah aku kena bayar pada benda yang aku tak perlu bayar.
Rupanya orang bodoh pun boleh niaga kat Malaysia ni .. asalkan kenal orang politik.

Minyak naik lagi

Minggu lepas, adik datang rumah. Dia cerita tentang minyak baru ... RON95.
"Bagus bang ..." katanya.
"Isi RM50.00 ... penuh tangki", katanya lagi.

Sebenarnya RON 95 dah di keluarkan pada bulan Mei lepas. Tapi tak semua station minyak. Jadi .. kalau nak cuba, tak senang. Ada stesyen dah jual .. ada yang belum. Jadi minggu lepas di takdirkan adik aku tu beli minyak dan tercuit la minyak baru ... Cukup bangga dia.

Tapi malam tadi ... di istiharkan harga minyak naik. Phuh ... !
Rasa rasanya baru sekali dapat rasa minyak kurang RM0.05 sen.
Hari ni dia dan semua orang kena keluar belanja macam biasa.

Huh ... kena lagi nampaknya.
Elok la .. sekurang kurang nya rakyat Malaysia tak der la jadi bodoh selalu.