Menurut teman di Perodua, model terbaru MPV Perodua ni sangat la jimat penggunaan minyaknya. Selain dari menggunakan kapasiti enjin yang kecil, tapi dia menggunakan sistem injektion. Kerana itu isi minyak penuh RM65 boleh pegi ke jarak 500km lebih.
Dibanding dengan MyVi, cuma RM65 penuh tangki boleh pegi cuma 370km. Khabarnya akan dilancarkan dalam bulan November 2009 dan 6 seater. Harganya antara RM50k ke RM66k.
Percaya pada diri sendiri. Jangan berharap pada orang lain semata mata. Jatuh bangun, satu kehidupan itu bergantung kepada usaha dan daya kita, sambil bertawakkal kepada yang Esa.
Bergantung kepada orang lain akan hanya menyekat diri atau menghabiskan waktu yang berharga.
Imam Syafie pula ketika ditanya tentang dalil kewujudan Allah telah berkata: “Lihatlah daun Tut ini (mulberry leaves). Apabila dimakan oleh ulat, ia mengeluarkan sutera. Apabila dimakan oleh lebah, ia mengeluarkan madu. Apabila dimakan oleh binatang ternakan, ia mengeluarkan najis. Apabila dimakan oleh rusa, ia mengeluarkan kasturi. Bagaimana semua ini boleh berlaku sedangkan daun yang dimakan adalah sama jenisnya?