Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, December 7, 2009

Burung dah pandai berdiri

Ini cerita pasai burung yang aku bela dulu. 'Tuah' namanya, kalau nkorang ingat lagi. Masuk hari ni, lagi 2 hari cukup sebulan duduk dengan kami. Buat masa sekarang ni, kakinya masih lemah. tapi lebih cergas berbanding awal dulu.

Kalau ikut kata kawan, Tuah ni masih anak lagi. Tu sebab dia tak 'terror' terbang dan kakinya masih lemah. Tapi sekarang, dia dah bisa pegang kayu dan lepak. Tapi tak mampu nak lonjak terbang. Kami letakkan dia kat dalam sangkar kucing. Sekarang kucing 'Si gemuk' bengang je sebab tempat dia, Tuah ni dah cilok.

Member kata Tuah ni jenis burung ni "SEWAH"... betui ke? Kalau ikut bahasa inggerisnya "Sparrowhawk".

Kata member lagi, burung ni spesis helang. Tapi saiznya kecik sikit. Makanan 'favourite'nya, tikus dan ikan. Selalu terbang kat sawah padi. Dia mampu mengepak kaku diruang udara dan menjunam bila nak 'attack' mangsa.
Kalau dia terjun, mesti dapat tangkap punya. Matanya mampu pandang jarak yang cukup jauh dari ruang udara ke atas tanah. Power tu ..

Gambar kat bawah ni bila dia lapar ..
Dia akan berbunyi seperti helang dan mintak di suapkan mulutnya dengan ikan. Dia masih berbunyi macam orang makan sambil bercakap. Jenuh jugak aku nak sediakan ikan kembong 2 ekor sehari. Sekali makan, seekor. Kuat makan punya burung. Paruhnya dulu straight tapi sekarang sudah bengkok di bahagian depan. Kalau dia gigit sakit giler. Kukunya pun sudah kuat mencengkam.


2 comments:

Unknown said...

Ni anak gagak

Unknown said...

Bng nk tnya psl burung tu boleh tk cht saya sbb saya Bela gak tlg ye bng (01922970773) tlg ye bng tk tahu nk bg mkn ape...Dan grnag