Hari ni tak dapat nak jengok tapak semaian. Sorang teman tu je yang pegi. Dia sempat ambil gambar pokok. Kami jumpa tengahari tadi dan dia 'bluetooth' kan gambar ke handphone wak. Perkembangan tanaman selepas 1 bulan 11 hari. Cukup memberansangkan. Chewwwaaaaahhhh ... !
Untuk semainan 'batch pertama', semua dah lebat daunnya. 5 dari pokok Mulberry berbuah merah. Yang lain .. kekuningan. Dijangka seminggu lagi akan berwarna merah dan merah pula akan berubah menjadi hitam.
Batch ke2 pula, Semaian 'cubaan' kat guni menggunakan sekam padi bakar cukup hebat. Daunnya dah lebat.
Kalau dibandingkan dengan semaian di tanah merah, dia lebih gagah.
Jika PAS jadi MB Selangor : Subky Latif
10 years ago
3 comments:
Syabas Wak Radin kerana berjaya mengusahakan Mulberry.Semoga akan berhasil dan daripda foto-foto yang ditunjukkan tersebut Insya-Allah anda akan berjaya tambahan lagi ada sifu baik punya..Dr Wahab.Saya juga ada tanam pokok ni dan buat masa ini untuk guna sendiri disamping untuk kawan-kawan rapat,namun masih belum komersial lagi.Alhamdulilah sekarang ini minum teh dan juice Mulberry buatan sendiri...
Salam Wak aji,
Terima kaseh. InsyaAllah terus di usahakan. Terima kaseh juga pada sifu yang sanggup ajar kami yang teramat jahil ni.
Salam Wak,
Dimana lokasi sebenarnya ladang tanaman mulberrry ini? Saya ingin juga melawatnya.
Post a Comment