Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Thursday, October 22, 2009

BSN ... bank haprak



Hari ni hari jadi anak aku. Kelapangan yang ada diwaktu pagi di manafaatkan untuk membeli barangan yang dia teringin sangat. Tak dapat lah beli barang istimewa dan mahal, tapi cukup sekadar nak bagi tau, mak dan bapaknya sayang padanya.

Selepas membeli barang, singgah kami ke BSN untuk masukkan wang anak anak yang dikumpul waktu raya lepas. Duit yang aku masukkan termasuk lah duit syiling, bernilai RM30 hinggit.

Maka isteri pun menunggu giliran untuk dipanggil ke kaunter. Nombor giliran di panggil dan isteri pun rapat ke kaunter. Serahkan borang masuk wang dan sebeban wang syiling yang tak seberapa tu.

Kerani tu lantas berkata, "Puan, saya akan tolak RM2"
Isteri bertanya, "Kenapa?"
Kerani berkata lagi, "Sebab masuk duit syiling"

Isteri aku agak tercengang jugak, tapi tengok kan je gelagat kerani tu. Dia masukkan wang di dalam mesin kira dan resit yang keluar memang kurang RM2.

Ini lah BSN rupanya .. Nak suruh kira duit syiling kena caj RM2. Kalau di bank lain tak pulak kena prosidur pelik cam ni.

Pada sesetangah orang, RM2 memang lah rendah nilainya. Tapi aku ni orang biasa. Kais pagi makan pagi. RM2 pada ku memang bernilai. AKu bukan broker kapal selam yang boleh untung ratusan juta. Aku hanya orang biasa. Minggu depan kami membuat keputusan untuk keluarkan wang anak anak untuk dipindahkan ke bank lain.

6 comments:

Anonymous said...

salam tuan,

saya syorkan tuan buka akaun anak tuan dengan public bank. bank yang terbaik pada pandangan saya.

Radenjowo said...

Anonymous 1:06 AM,

Terima kaseh tuan. Saya rasa pun.

Anonymous said...

bsn kan dijamin oleh kerajaan..

so duit tu big mama ambik nk p shoping la..senang je x halalkan je duit tu kalo diaorang ambik..aku pun selalu kena tipu ngan bsn ni.dasar haprak punya kerajaan bn.rakyat dibodohkan ..

Radenjowo said...

Anonymous October 23, 2009 2:08 AM,

Sama sama la kita kena.
Wakakaka !!!

special task force said...

tu la radenjowo, orang dah berpuluh tahun simpan dalam perbankan konvensional yang riba tu. hang dok simpan lagi. tabung haji ada tak nak. halal sikit. walaupun ada kroni yang songlap duit dia. tapi tabung haji siap tolak duit zakat sekali. potong jangan tak potong akaun kat bsn.

Radenjowo said...

special task force,

Gua bukan nak sangat, tapi mak gua TERPAKSA guna BSN untuk duit pencen dia. Dan pulak, orang BSN sudah pi anak gua punya sekolah promo minta budak budak tu bukan akaun. Anak gua pulak tu bayar RM10, buku bank pun diorang dapat. Tak pa .. minggu gua bungkus itu bank.