Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, November 9, 2009

Burung apa ni?

Sedang sessi senda gurau petang petang bersama isteri, tiba tiba wak dengar benda jatuh di depan rumah. Diluar riuh dengan bunyi burung gagak. Tak perasan di rumput depan rumah wak tu, ada sekor burung yang sudah terlentang, terkapai kapai. Bila burung tu kibaskan kepaknya, baru wak nampak burung tu. Lama gak tunggu, kalau kalau dia boleh terbang semula. Tapi tak boleh nampaknya ..

Wak pun buat buat berani, pegang belakang badannya dan bawa masuk. Kakinya tercedera. Mungkin patah kot. Kepak ok, kepala ok .. ekor pun ok. Cuma kaki.

Dah sehari bela .. kesian gak. Wak suruh isteri potong-potong ikan. Dan kitorang masukkan ke mulutnya. Pada awalnya mulut nya macam nak menyerang, tapi lama lama, burung tu letih kot .. Mulut terbukak, kitorang sumbatkan dengan ikan tu. Dia makan. Selepas itu bagi air minum sikit.

Sekarang ni dah masuk 4 hari burung tu lepak serumah ngan kami. Dah sayang pulak. Tapi kakinya tak baik. Kalau di lepaskan, bakal jadi habuan burung lain. Dah bela pulak, kesian kat burung. Ingat lepas kakinya sembuh nanti, kitorang akan lepaskan dia. Tapi tak tau nak ubat camana. Cuma letakkan minyak urat .. Ntah apa apa punya doktor la ni.

Kalau lama sangat burung ni dengan kami, ingat nak ajar dia mengaji.
Sapa tau burung jenis apa ni ... ? Kata kawan, burung ni burung kat tepi laut. Sekarang dah masuk ke pekan. Saiz badannya kecil sikit dari gagak. Kalau burung ni tau cakap jawa, senang wak nak tanya.





No comments: