Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, November 9, 2009

Mulberry : Lokasi Baru, Benih pun baru

Alhamdulillah .. selepas meredah hutan, kami temui tempat lama pembiakan pokok Mulberry yang ditinggalkan. Dengan kebenaran ketua kawasan berkenaan, kami memperolehi sekitar 304 batang benih Mulberry untuk dibiakkan. Selepas dikerjakan selama 2 jam, ini yang kami dapat ..



Tu dia ... ! Kami akan buat proses seterusnya dan selepas itu, ia siap untuk disemai ...



Berdekatan dengan kawasan tersebut, kami diberikan sekitar 4 ekar untuk diusahakan tanaman Mulberry .. Kat pondok tu la tempat kami berehat nanti ... Bercadang untuk dibersihkan kawasan dan di daam tempoh 1 bulan, InsyaAllah .. tanaman dah boleh disemai.



Kawasan ini terletak di Jeram dan jarak antara jalan besar cuma sekitar, 0.4 km sahaja. Tidak jauh. Ditinggalkan buat sementara dan kami diberikan kebenaran untuk bercucuk tanam ..
Yehhhhaaaaa .... !



Tempa ni dulu cuba di usahakan ternakan lintah, tetapi terbengkalai .. siap ada takungan air.



Kolam ikan pun ada .... tenggak (signal ikan bernafas) menunjukkan ikan yang ada di kolam ini besar besar ... Burppppp !!! Terbayang ikan keli bakar masak lemak ... Perghhhhh !



Lepas ni sesiapa yang nak order benih Mulberry dah boleh ... InsyaAllah .. tapi kena datang collect sendiri.

No comments: