Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Wednesday, June 17, 2009

Jom lepak

Adoi .. pening jugak tengok kan PAS yang caca marba sekarang ni. Penyokong Ustaz Nasharuddin kata, TG Nik Aziz tak betul. Penyokong TG Nik Aziz kata, Ustaz Nasha yang tak betul. Mana satu yang betul ni?

Wak tak tau sangat pasal politik ni. Maklumlah .. kita orang biasa, tak terlibat dengan mana mana parti. Tapi sekadar melahirkan pendapat yang tak perlu menjadi ikutan mana mana.

Mula mula .. kita tengok sapa yang start dulu. Nasha? Dan kemudian kenyataan demi kenyataan beliau di sanggah oleh TG Nik Aziz. Melihatkan keadaan tidak terkawal, Harun Taib pun kata, perlu tunggu TG Haji Hadi untuk buat kenyataan.

Sebelum ini, TG Haji Hadi dah buat kenyataan pada Muktamar tempoh hari. Kalau ramai tak paham dengan kenyataan yang dibuat, pastinya TG haji hadi merapu rapu kot?

Kah kah .. itu lah dia politik negara. Siapa yang menjadi punca, siapa yang siram minyaknya .. Tuhan dan orang orang yang terlibat aje yang tau.

Buat masa ni .. wak nak rehat. Biarkan semuanya menjadi reda. Biarkan wak warta bekerja sendirian. Wak nak rehat kat tepi pantai .. pekena nasi goreng kampung, berjumpa teman teman dan berjauhan dengan komputer untuk seketika ..

Ahhhhhh ..... relax dulu.

2 comments:

Hanif said...

Saya terbaca yang Ustaz Nasaruddin pernah belajar lanjutan dalam pengajian Islam di negara Barat, belajar perkara lain tak pa lah. Mana keberkatannya kalau berguru dengan Professor kafir sekadar nak dapat Master dari universiti bolehlah. Tunggulah kehancuran. Ada ustaz-ustaz lain yang berangan-angan nak belajar Islam lanjutan kat negara barat, baik ghetikan sahaja. ATAU BELAJAR MENJADI ALIM TENTANG AGAMA DENGAN NIAT UNTUK MENGAJAR UMAT MANUSIA MENGENAL ALLAH ATAU DIRI SENDIRI,NAIK PANGKAT ATAU BLAH BLAH… Silap niat Allah kan tarik keberkatan ilmu itu. APALAH PERWAKILAN PAS SILAP PANDANG PADA SESEORANG, ILMU AGAMA DI AMBIL DARI MANA.

EQUILIBRIUM said...

mesti le nasa yg tak betoi sbb nasa penipu penipu penipu hahahaha mcm mahathir juga suka menipu