Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Sunday, August 9, 2009

Baja apa nak pakai ni?


Hari ni aku gi cari baja untuk tanaman limau nipis ku. 1,000 pokok tu nak kena baja. Kang terbantut plak.

Mengikut kawan aku kat nursery ... dia guna baja taik ayam. Baja taik ayam ni plak ada dua jenis. Satu yang dah proses .. dan yang satu ori punya. Pergi la aku jumpa kawan kat MARDI. Dia kata kalau yang ORI tu .. kena campur dengan kapur dulu. Cari taik ayam yang dah kering ... jangan yang basah.

Ikut kata kawan aku yang sedang buat pertanian .. dia gunakan taik ayam ORI .. Satu bag RM8 hinggit jer .. tapi kena perapkan untuk 2 minggu sebelum guna.

Kalau ikut pada kawan kat nursery di Semenyih plak .. guna Baja Kimia .. (Nitroposca Perfact) .. Ntah baja dari mana pun aku tak tau ..

Kalau ikut blog pertanian ni plak .. dia guna baja
12 -12 -17-2 + TE yang dibuat di Belgium. Baja ini agak mahal tetapi hasilnya sangat memberangsangkan. Baja ini berharga sekitar RM80.00 bagi setiap guni 50 kg sebelum pilihanraya berlangsung. 2 minggu selepas pilihanraya, harganya melambung sekitar RM160.00 seguni. Pada sekitar bulan Oktober, harganya mencecah RM240.00 seguni.
Hish banyak betulllll .... Mana satu aku nak guna ni?
Baja taik ayam yang dah di proses .. susah plak nak dapat. Kata kawan nursery tu .. kalau dah siap proses .. guna cuma 3 butir jer dalam satu pokok.

Kalau baru nak jadi petani ... memang pening di buatnya.

Kita cek plak dalam pautan ni
Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Gali lubangberukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m dan gaulkan bersama 100g baja tahi ayam reput, 100 g baja triple superphosphate dan 100 g kapur. Tanam anak pokok ke dalam lubang dan padatkan tanah keliling anak pokok.

No comments: