Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Wednesday, August 5, 2009

Sendiri buat, sendiri tanggung

Menurut berita bodoh, penularan H1N1 sekarang macam dah tak boleh di kawal. Tapi cooooollll ... jangan nampak sangat bodoh. Kena control. Kena tunjuk machoo. Jangan orang cam yang kita tak boleh nak kawal. Nanti ada yang malu ....

Sedar tak sedar ... Dah 13 kematian di laporkan.

Semalam, adik talipon. Berita kematian seorang guru di Selangor adalah dari sekolah tempat anaknya bersekolah. Mungkin ada unsur unsur wabak yang serupa. Dia bukan guru, tapi disebabkan dia kerja kat sekolah ..maka di dalam laporan disebut "seorang guru". Bantai la situ .. ikut suka korang.

Sekolah tu dah di tutup seminggu... minggu lepas. Selepas tempoh tu, kini di buka semula. Ada pelajar yang masih batuk dan selsema. Bimbang sebab anak anak perlu belajar untuk peperiksaan. Maknannya, walaupun masih sakit, mereka dihantar ke asrama untuk terus belajar. Mak bapak pening tak tau nak buat keputusan.

Sesampai di sekolah, mereka terus di kuarantin. Diasingkan di dalam satu lokasi dan di berikan makan dan minum. Sementara yang sudah sihat terus belajar seperti biasa.

Menurut kata guru di sana, pelajar yang masih batuk dan selsema tak perlu hantar anak. Pastikan mereka benar benar sihat .. baru lah di hantar. Jika tidak, mereka akan di kuarantin dan diasingkan.

Aku berminat dengan cara adik aku kuarantin anaknya yang diambil pulang dari asrama. Mungkin kita tidak mahu terlalu berkeras dengan anak sendiri, tapi kalau terpaksa ... perlu.

Ketika membawa pulang anak dari asrama, semua yang ada di dalam kereta mengenakan topeng tutup hidup dan mulut. Sesampai di rumah, anak tersebut di letakkan dibiliknya dan tidak dibenarkan keluar kecuali menggunakan topeng. Sedangkan anaknya tidak langsung menunjukkan sebarang simpton mahupun tanda tanda batuk atau selsema.

Nampaknya keras .. tapi untuk mengelakkan adik beradik dan keluarga lain terbabit sama.

Berlainan dengan aku .. kononnya sayang anak. Tapi semua sekali dah terbongkang kerana virus yang seakan akan selsema babi.

Hari pertama .. anak yang baru pulang tidur sekali bersama nenek dan abangnya. Keesokkan hari .. abangnya demam.

Hari kedua ... anak yang masih demam tadi tidur sekali sebilik dengan aku, isteri, anak ke 3 dan ke 4 ... esoknya, semuanya terbongkang sekali.

Akibatnya .. 5 hari dok pening nak selenggara semua perkara.

Jenuh nak hantar anak semua ke klinik. Bertambah malang, semua nya perlu di lakukan dihospital kerana pemeriksaan darah perlu dilakukan. Terpaksa lah tunggu sehingga hampir 2 jam menanti giliran. Dah la kepala pun masih terhoyong hayang. Badan masih tidak berapa sihat .. tapi tanggung jawab kena buat. Sendiri buat .. sendiri la tanggung.

Jadi .. sesiapa yang mahu mengambil anak dari sekolah yang ditutup kerana wabak ini. Waspada kerana perlunya penggunaan teknik yang betul .. jika tidak semua sekali akan terbabit. Walaupun bukan H1N1 .. tapi demamnya menakutkan kerana berlaku ianya secara serentak. Tak pernah berlaku seumur hidup ..

3 comments:

mangchikla said...

sabar bang, demam itu penghapus dosa, insya Allah

semut said...

Wak, Sek men teknik kuala selangor ka wak? Samalah, saya dah bawak balik anak saya, pagi ini ke Hosp Sg Buloh, Dr kata OK. Balik.

Tapi tengah saspennn...ni.
Semua dalam rumah pakai topeng. tak luar rumah.

radenjowo said...

Ye semut
... sekolah menengah teknik kuala selangor ..confirm