Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Friday, September 25, 2009

Firaun tak pernah sakit, bersin pun tidak

Syawal ni, aku tidak berhari raya seperti selalunya. Memang sengkek sikit, tapi Alhamdulillah. Bersederhana. Agak janggal, sikit terasa tapi mungkin kali pertama tukar trend. Ada hikmahnya ...

Sedikit cerita sekadar ulangan atau ilmu pengetahuan untuk mereka yang berlebih lebihan.
Rasullulah s. a. w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkelirudengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang
berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. - dipetik dari halaqah

Wednesday, September 23, 2009

Alhamdulillah, raya ni tak der politik

Cuma 2 hari di kampung. Banyak juga rumah suku sakat yang aku lawat. Macam macam ideologi politik. Ada PAS, BN, PKR, UMNO ... cuma yang takder MCA, MIC,DAP dan SUPP.

Yang menariknya, masing masing jaga bahasa. Tak terkeluarpun cerita tentang politik. Dia pandang aku, aku pandang dia. Siapa nak start dulu? Sampai ke sudah kitorang cerita pasal keter, rumah, kuih, lembu (Daging) dan ayam pencen.

Tak sedar, makin ramai golongan tua yang sudah tak der. Patutlah jumlah rumah yang dilawat semakin kurang.

Tu la resam kehidupan. Yang hidup pasti mati. Bila dah meninggal, maka terkuranglah jumlah keluarga. Kita ni mungkin esok atau lusa. Tak kira umur. Ada yang muda, tapi dah sakit. Yang tua pulak, dok lepak hisap rokok berkepul kepul.

Umur dah 80 tahun, tapi pekena kretek lagi.

Kalau tak der politik langsung, pelik la. Malam raya pertama, kawan dari Terengganu datang. Cerita macam macam pasal parti dia. Aku cuma dengar jer. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kekadang terbahak jugak bila diberitahu kat sana, pemimpinnya berbalah. Semua rahsia dia cerita. Tapi bila tanya, "Wak sokong apa?", aku hanya jawab "PRM ... Parti Ringgit Malaysia"

Apa apa pun .. Alhamdulillah, hari raya tahun ni berjalan cukup lancar.

Raya ke 5, kota masih lengang

Hari ni raya ke 5. Aku macam raja jalanraya. Mundar-mandir tak der siapa yang larang. Masing masing masih raya di kampong agaknya.

Tak banyak kedai yang buka. Restoran melayu pun macam niaga, tak niaga. Kalau tak der orang datang, nampaknya diorang kena makan sendiri.

Ikan tak banyak di jual. Kalau ada pun, mungkin ikan yang kena botox. Nelayan masih mood raya atau mereka yang dah kelaut tak jumpa jalan balik.

Hari ni aku lepaks gilez. Tengahari cari ikan dalam tin, masak dan bagi anak bini makan.
Aku .. biasa la. Jadi bapak mithali.

Tuesday, September 22, 2009

Cukup la raya 3 hari

Hari ni raya yang ke 4. Kira kira aku dah selesai raya semalam. Kembali ke bandar nak cari duit plak. Semalam dari kampung ke bandar, sesak giler.

Ramai sangat orang Amerika yang raya ke Malaysia tahun ni. Lorong kanan untuk orang slow, memotong plak guna lorong kiri. Aku pun terpaksa jadi orang Amerika. Mengatasi mentaliti bangang pengguna jalanraya. Menyusahkan orang lain. Dah bagi banyak lorong, tapi masih guna lorong kanan untuk pandu 40km/jam. Makin banyak lorong, makin samdol rupanya. Kalau kita marah, dia kata kita pulak bodoh. Oleh itu, senyap senyap potong di lorong kiri.

Kenderaan yang lancar, ter sangkut plak di lampu merah di simpang simpang utama. Sempat lepak, pekena korok setabang dan bekal air. Akhirnya 4 jam baru sampai ke rumah. Kebiasaannya cuma ambil masa 1jam15 jer.... dengan kelajuan 110km/jam. Maki hamun bertabur tabur di atas jalan. Bila pulak aku nak minta maaf pada diorang ... Wakakak !

Kejayaan tahun ni adalah berjaya kawal nafsu makan dan nafsu berhari raya. Sempat ketemu orang orang tua yang perlu di temui dan memohon maaf. Orang banyak dosa kena selalu minta maaf. Ajal maut tangan tuhan. Sebelum maut menjemput, baik lah minta minta maaf.

Anak anak pun happy dan sekarang kita mula buat kerja plak. Cari duit untuk buat harta.
Wakakakak !!!
Selamat hari raya semua ..!

Saturday, September 19, 2009

Beraya kita?

Tahun ini giliran untuk beraya bersama mertua. Seorang dari adik sudah sampai di Kelantan. Abang, kakak dan seorang lagi adik bersama keluarga sudah berada di kampung.

Malam ni round kawasan perumahan dan beri kan sedikit buah tangan buat sesetangah yang masih belum pulang ke kampung.

Rakan rakan sudah di utuskan sms ucapan hari raya.
Malam sikit rehat, esok sudah boleh merayakan hari raya.

Pada rakan rakan .. selamat hari raya, maaf zahir batin.
Semuga bergembira semuanya dan jangan lupa pada yang tiada. Yang fakir dan miskin jangan la lupa.
Kita jumpa selepas selesai cuti.

Tuesday, September 15, 2009

Kalau lah kita semua ada akal

Terlepas pandang atau sengaja tak nak pandang?
Ternyata di negara kita masih ramai yang fakir dan miskin. Tak kira la bangsa apa pun, tapi selagi mereka miskin selagi itu lah kita gagal. Gagal mentadbirkan wang sebaik mungkin kerna ada pihak mementingkan diri sendiri atau terlalu galak berpolitik.

Bila nak tiba hari raya ni, maka ramai lah individu fakir dan dalam kesusahan tersiar di dalam TV, media dan saluran info yang lain. Bermakna masih ujud .. tapi kenapa ketika ini sahaja?

Bertanya juga .. apa fungsi Badan Amal, NGO NGO, Badan Kebajikan dan Zakat? Kemana pergi nya diorang ni semua. Tak buat kerja, telinga bertutup. Mungkin menanti kalau kalau musim pilihanraya, baru terjenguk muka muka orang kaya yang bawa buah tangan. Lepas janji undi di pemberi bantuan, maka wajah berseri bak malaikat ini pun akan hilang semula.

Keujudan orang tengah di dalam memberi bantuan juga menimbulkan keraguan. bagaimana mungkin orang tengah lagi mewah dari orang susah. Sedangkan membantu itu tangggung jawab. Belum sampai ke bawah, wang digunakan untuk kemajuan diri. Wahhh ... Badan ini tegap, bangunan tinggi, bilik aircond, pekerja ramai, hebat .. hebat kapal takuk kau.

Kalau orang tengah yang menjadi lintah darat ini tiada, mungkin kan tiada lagi kemiskinan di negara kita? Mungkin ..Tapi tak pernah cuba kerna diri dibelengu rasa percaya atau diri memang malas nak berubah. Tak per ...serah je pada orang tengah. Baik tau buruk, terserah pada dia. kalau tak betul dia kena jawab nanti. Kalau gitu, tak payah lah berubah.

Seorang kaya bantu seorang miskin. Rasanya tiada lah yang miskin. Kalau lah kita semua ada akal, tahu buat pilihan, sudah pasti aman makmur satu negara. Tak payah nak pening kepala bila tiba hari raya. Pening bukan hendak berbelanja, tapi pening sebab penyakit yang sama berulang lagi. Macam tak selesai selesai.

Bodoh sungguh ke?

Monday, September 14, 2009

Chet .. ! Orang gajiku sakit lagi

Aku dah perasan sejak 2 - 3 minggu lepas lagi.
Disebabkan kedudukannya cuma beberapa langkah dari bilik, jadi suaranya kerap kedengaran.
Keadaannya agak berlainan akhir akhir ini.
Mungkin kah di gejala H1N1 atau mungkin penyakit asma yang sejak dulu menyerangnya.

Sudah 3 kali tahun dan setiap bulan Ramadhan, kesihatannya pasti terganggu. Mungkin perlu di periksa kesihatannya setiap tiba Ramadhan? Aku tak tau. Dia tak sebut pun, dia tak minta pun.

Semalam, isteri ku datang berkata, "Bang .. nampaknya orang gaji kita sakit lagi".
Aku jawab, "Memang dah tau .. sejak dua tiga minggu lepas rasanya."
"Tiap kali lepas kerja, mesti bunyinya tak berapa betul ... yee..yee.. yeee..", ajuk isteriku.

"Ahhh .. tiap kali Ramadhan memang cam ni la. Buat hal .. buat hal", rungut ku.

Isteriku hanya tersenyum.
Nampaknya aku bakal keluar belanja lagi. Kali ni mungkin sampai RM300. Tu la susahnya kalau ada orang gaji.


(mesin basuh) ni dia .. gambar orang gaji aku.

Saturday, September 12, 2009

Kita raya sakan ... !

Apakah betul budaya kita sekarang di dalam mengerjakan puasa dan berhari raya? Atau kita sudah jauh melencong, ntah kemana mana. Menyebabkan kita rasakan bulan Ramadhan dan Syawal menjadi lebih azab dari yang sepatutnya.

Ketika di bulan puasa, kita sibuk mereka reka juadah apa untuk kita berbuka puasa. Dari awal pagi, sudah mencipta apa yang perlu di makan hari ini. Dan dalam tempoh sebulan puasa, kepala dan terpikir, berapa pulak yang perlu di belanjakan ketika hari raya. Calculator .. terus mengira.

Petikan menarik dari pengalaman seseorang tentang suasana puasa dan raya mengikut pengalamannya di perantauan .. di Mekah.
Cerita Kak Nab lagi, apabila tiba waktu berbuka puasa, golongan Arab yang kaya-raya menyediakan buah kurma, susu dan roti untuk disedekahkan kepada para jemaah di masjid termasuklah yang berjalan kaki menuju ke masjid.

“Mereka berebut-rebut mencari orang untuk disedekahkan makanan tanpa mengira kaya, miskin atau bangsa. Selalunya kita dapat melihat, orang yang berebut-rebut hendak mendapatkan makanan tetapi keadaan di sini pula sebaliknya,” ujar bekas kakitangan kerajaan ini yang berasal dari Kelantan.
Manakala sambutan hari raya di Mekah berlainan .. tidak semeriah di Malaysia, katanya ...
“Begitu juga dengan sambutan hari raya di sini yang kurang meriah. Boleh dikatakan, kebanyakannya menangis dan sedih kerana bulan yang mulia hanya akan datang lagi pada tahun hadapan. Pada mulanya, saya ingatkan, mereka menangis kerana rindukan kampung halaman tetapi sangkaan itu meleset sama sekali,” kata Kak Nab.
Nak tau selanjutnya .. klik sini.

Kita .. puasa sebulan, raya pun mesti sebulan.
Kalau ziarah satu rumah .. kita pesan kat orang yang kita ziarah tu, "Datang la rumah .. aku tunggu" ... makanya, kita minta maaf dua kali. Ketika ziarah rumah dia .. dan kemudian dia ziarah rumah kita.

Perlu ke semua itu?

Dan kerana semua budaya ni membuatkan aku pening kalau tiba hari raya. Bayangkan, sebulan puasa .. belanja nak berbuka puasa, kemudian berhari raya dengan kos persiapan untuk hari tersebut dan belanja untuk ke sana kemari di dalam tempoh sebulan. Itu belum kos untuk menyambut tetamu dalam tempoh sebulan hari lebaran.

Makanya .. mana yang perlu di ubah, budaya ini perlu di ubah. Jangan kaya sebelum raya, papa selepas raya.

perghhh .. soal raya ni, orang kita yang paling hebat sekali.
Krismas, Chinese New Year diorang celebrate tak sampai sebulan. Tak cam kita .. sebulan beb.
Itu belum cerita tentang "open house" dan "angpow" lagi ...
Huhuhuhuh ..... muntah !

Thursday, September 10, 2009

UPSR dah selesai

Ahhh .. lega rasanya.

Zaman sekarang ni bukan anak jer yang sekolah, tapi bapak bapak pun sekolah sama.
Aku masih ingat zaman dulu. Kalau tak pandai, bengap, samdol .. kita kena belajar sendiri. Tanya pada ayah, dia buat tak tau. Bila tanya mak, dia geleng kepala.

Maklumlah ramai orang tua dulu yang tak tau membaca. Kena terima hakikat la beb.

Skarang lain .. anak suruh ajar, aku kena ajar. Tak pandai pun kena belajar. Kalau tidak, macamana nak ajar anak?

UPSR selasa lepas. Hari ni jam 3.30 dia selesai.
dari hari pertama sampai tadi, bila aku tanya "Ada masalah ke dik?"
Dia akan jawab ... "Semua ok"

ye la tu ...

Tapi bila dapat result ..aduwai .. Tuhan je yang tahu.

Tapi kira ok la .. time report card, aku yang sign. Tak seteruk bapak dia dulu.

Teringat aku zaman dulu, kalau report card banyak tanda "Merah" .. aku tak berani nak bagi bapak aku sign. Tak minum beer pun boleh kena rotan. Berbirat birat kat belakang ni. Tersedu sedu tahan nangis. Kalau nangis kuat, hukuman rotan di tambah lagi. Adoooohhhh...
Jadi kerana takut kena rotan ... aku sign sendiri.

Kekadang tu bila serah balik report card pada cikgu, Cikgu siap jeling jeling kat aku.Kemudian dia geleng geleng kepala. Cehhh .. aku pun buat machoo ..
Ye la .. Apa salah aku?

Salah tidak, tapi ruangan 'sign' ibu bapa tu, dah koyak rabak. Siap ada tampal satu keping lagi dibawah sebab ruangan tu dah berlobang. Jaman dulu mana ada liquid paper ni, jadi getah pemadam tu kena jilat dulu untuk padam tulisan ball point. kalau anak orang kaya, pemadan dia ada pasir sikit. Boleh padam dakwat ball point.

Esok dah tak payah hantar anak gi sekolah pagi. Diorang cuti.
AKu pun boleh buat kerja lain ... Lepas sahur ... dengkor sampai tengahari.

Bila bangun nanti .. buat buat terkejut .. "Ahhhh .. lewat lagi?" Cehhhhhh...

Monday, September 7, 2009

Berkumpul bersama keluarga

Banyak berita tentang politik rupanya. Tentang kuil lah .. tentang rompakan kuasa lah .. macam macam lagi.

Nak tengok pun malas. Nasib baik lah ada kawan yang tolong update wartamaya. Sekarang dah tak perlu toleh toleh lagi cerita politik tanah air. Menjemukan.

Kawan kawan ada yang bertanya. Tak kurang juga yang memujuk untuk aktif kan balik politik. Tapi ingat pesan orang tua, kami adik beradik tidak dibenarkan berpolitik kerana sejarah silam. Dulu betapa seksa nya kami sekeluarga kerana bapa libatkan diri dengan politik. Tak salahkan arwah kerana memang minat dia. Tapi sekarang kami sekeluarga hanya sekadar berbincang, tapi tak libatkan diri. Politik negara kita .... politik kotor.

Puasa sudah 17 hari. Semalam lepak ngan adik beradik di rumah kakak. Kebiasaan dibuat oleh kami adik beradik. Sekadar bergurau gurau dan mengupdatekan diri dengan perancangan hari raya nanti. Siapa yang akan pulang ke kampung dan siapa yang beraya di rumah mertua.

Beli baja untuk pokok limau

Alhamdulillah ...
Dapat selesaikan solat Terawikh hari ini.
Tubuh masih letih, kepala rasa berat. Malas rasanya untuk update blog, tapi memaksa diri bimbang kalau kalau lupa akan catatan hari ini.

Awal hari Jumaat lepas berkunjung ke Pejabat Persatuan Peladang untuk dapatkan baja bagi pokok pokok limau. Banyak maklumat di perolehi dari Persatuan peladang untuk petani baru macam wak.

Di sana disediakan baja untuk tumbuh-tumbuhan. Kemudian nanti wak lampirkan gambar gambar baja yang wak perolehi. Labelnya Hijau untuk suburkan pokok. Biru untuk melebatkan buah. Semuanya berharga RM9.00 sepeket.

Satu pokok di bajakan 2kali seminggu. Setiap satu pokok diletakkan baja sekitar sesudu teh. Bentuknya bulat bulat kecil. Ditanam di dalam tanah keliling pokok. Ia lebih baik dari mencampakan saja di tepi tepi.

Kalau beli banyak dapat potongan. Mulanya pegawai tu kata "RM9.00 sepeket". Tapi bila di berikan note RM50.00, wak dapat 5 paket dan di pulangkan baki RM10.00.

Kalau ada masalah dengan tanaman boleh dapat kan khidmat nasihat dari diorang.

Friday, September 4, 2009

Ponteng puasa dah tak tau malu

AKu ingat masa aku kecik kecik dulu. Kalau tak puasa, nak makan menyorok kat bawah dapor. Bawah dapor?

Hah tu la. Zaman dulu, dapor macam meja. Tak macam dapor sekarang. Jadi bahagian atas diorang masak, di bawah letak kayu api. Bila kayu api kurang, kawasan tu boleh buat lepak. Kalau di jadikan tempat berbuka puasa tengahari memang cun. Kalau nak tambah nasi, tinggal capai atas meja.

Dulu, Susah benar nak tengok orang tak puasa kat kedai kedai. Kalau terjumpa, diorang bakal kena usung. Letak mangkuk, pinggan ayan (Pinggan zing) dan dibawa keliling pekan. Semua orang boleh tengok. Hih .. taku betul diorang. Kalau ada cerita penuh satu kampung. Anao sipolan sipolan tu kena usung naik van mayat kat leher ada pinggan mangkuk. Semua orang tau, raya nanti sah tak nampak muka. Tu dulu .....

Sekarang dah lain. Diorang kata ada undang undang cam tu, tapi aku tak perasan ada tak diorang usung keliling pekan/kampung atau bandar. Dah siap ada pot pot menarik untuk berbuka puasa. Depan tutup, belakang buka. Kalau malu, boleh bungkus bawak balik. Tu pasal, ramai yang makin berani. Di dalam berita, macam macam perangai. Ada suami isteri yang tak malu puasa, makan kat kedai cina. Kedai cina?

Hah tu la perangai orang sekarang. Dah la tak puasa, boleh makan kat kedai cina. Ntah masakan apa pun kita tak tau. nak tau cerita klik SINI.

Dulu aku ada dengar cerita dari kawan. Gara gara tak puasa, malu nak gi kedai mamak, dia gi kedai cina. Bawa balik dua bungkus. Makan dengan kawan. "Zin, nko beli kat mana? Sedap nasi ayam ni.", kata A. Kawan aku si ZIN ni jawab, "Aku beli kat kedai Cina depan tu."
Bila dengar cerita si ZIN ni, kawan aku si A pun rasa nak termuntah. Maklumlah, kedai restoran Cina yang Zin maksudkan tu jual nasi ayam cucuk leher dan belah paginya kedai tu jual "Bah Kut Teh" .. sarapan pagi resepi masakan babi tu.

Tapi nak buat camana, nasi dah habis, siap jilat jari lagi. nak muntah dah tak boleh. Tapi pejam mata, kalau dia rasa sekat, di tolak dengan teh ais ..terus masuk anak tekak. Tu Bahana orang tak puasa.

Minggu lepas lain plak citer nya. Masa aku gi hantar anak balik asrama, budak budak muda naik motor berhenti di trafik light betul betul kat tepi kereta aku. Di dalam bakul motor ada tin coke dah siap buka. Dia buat tak tau, angkat tin, tonggang. Lepas minum, pandang kat aku. Dia selamba jer sambil senyum.

Yang best lagi, anak bini aku semua dok renung kat mamat tu. Ini macam pun ada ka?
Dunia makin kucar kacir. Ingat ada la malu, tapi tak der pun. Bila lampu hijau nyala, dia tonggang sambil bawa mutu. Anak yang kecik tu bertanya, "Bah dia tu bukan Islam ke?". Aku hanya jawab, "Ntah la nak".

Kalau tak serius tentang penguatkuasaan agama oleh pihak pihak tertentu, mungkin akan sampai masanya kita akan dapat lihat orang Islam lepak kat kedai kedai tanpa rasa malu. Mungin sambil berjalan, tangan pegang rokok. melintas jalan, menunggu bas, diluar kelas dan macam macam tempat lagi. Kalau nkorang panjang umur, mungkin jugak boleh tengok orang buat anak macam perangai anjing dan kucing buat tu.

Huh .. tak boleh bayangkan. Kalau seekor betina di keroyok jantan ramai ramai di tepi jalan. Orang yang lalu lintas cuma tengok tengok, tapi tak ambil pot pun.

Adun Bagan Pinang ninggal

Hari ni memang tak der apa nak buat. Duduk menung menung. Bila dah jemu, buka TV, tengok cerita. ABO ada macam macam cerita hantu. Saluran ni dah macam saluran hantu. Lepas cerita ni, cerita tu, semua nya hantu. Apa ASTRO ni memang siaran berhantu ke?

Tersasul plak buka channel ASTRO AWANI, dia tayang kan berita. Keluar cerita tentang ADUN Bagan Lalang meninggal dunia. Capai terus internet untuk tahu cerita lanjut. Dia meninggal sebab ada jangkitan kat darah. Sekarang ni macam macam jenis penyakit. Kebanyakannya cerita pasal jangkitan.

Di dalam Utusan di internet, gambar Isa Samad ziarah pakai tutup hidung. Hah ..ni macam H1N1 jer. Takut jugak mati diorang ni rupanya.

Dulu aku pernah bertanya, pada diri, pada kawan kawan. Tahun 2009 ni memang tahun orang ramai ninggal. Sepanjang hidup aku, tak pernah ada insiden yang macam ni punya banyak. Yang meninggal pun orang yang terkenal, artis dan ADUN.

Bertanya jugak di dalam kepala benak aku ni ... ada kah ini angkara H1N1?
Tak mustahil jugak ..

Atau Tuhan memang nak bagi tau amaran? Semuanya berkemungkinan.

Dengan ini SPR di malaysia ni akan buat keputusan untuk pilih waktu bila nak pilihanraya kecil. Mungkin lepas raya. Maknanya orang politik tak raya sangat la tahun ini. Kalau nak tengok pemimpin turun padang, ini lah masa nye. N. Sembilan bakal jadi tumpuan sambut hari raya bersama pemimpin. Ni semua budaya lama, budaya zaman dulu. Bila tiba pilihanraya, lunyai lah kampung tu dibuatnya.

Petang aku dok lengung sorang sorang. Jenguk sana jenguk sini dalam internet. Dah habis internet, tengok TV. Nak keluarpun tak ada tujuan. Huh .. memang bosan.

Tengok isteri dok sibuk siapkan juadah buka puasa. Tak la hebat sangat, sekadar mana yang ada. Rajin jugak dia. Tahun ni memang tak lebih mana pun. Ekonomi merosot.

Sedar sedar .. "Allahuakbar allhuakbar !"
Dah azan dan waktu berbuka. Turun pekena sikit makanan dan pergi solat.

Malam lepak ngan anak anak. Cerita kelakar kelakar.

Thursday, September 3, 2009

Betul betul kerja punya

Bulan puasa ni aktiviti banyak waktu malam. Terawikh, jumpa kawan pun waktu malam. Tu pasal la masing masing dah jadi macam musang. Waktu berbuka ... terawikh ... terus lepak sampai la sahur. Sembahyang subuh kemudian ... dengkur sampai tengahari, bangun jap, buat amal . kemudian dengkur lagi. Macam dah tak der kerja lain.

Kalau negara kena serang pada bulan puasa, memang boleh senang hancur. Harap pada malaikat tolong bantu jer.

Tapi hari ni gua buat kerja. Pergi bukak akaun bank.
"Hello dik .. nak bukak akaun bank"
"Tolong cek cop jari encik"
"Dah minggu lepas"
"Nak bukak akaun apa encik?"
"Syarikat"
Clerk tu pandang pandang, kemudian bagi nombor giliran.

Aku tengok kat que board kat atas tu .. "Hah 6006" Giliran aku 6007 .. Perghhh .. cepatnya.
Ini dah kira ok.

Tunggu punya tunggu ... "Ting Tong" .. giliran aku dah sampai.
Aku pun dengan sombongnya terus ke kaunter.
"Tengok borang encik"
"Ni dia"
"Nak bukak akaun apa encik"
"Syarikat"
"Laaa .. .syarikat kat tingkat atas Encik"
"Ye ke ..."

Siot ... aku terpaksa naik ke tingkat atas dan bukan 'action' sekali lagi.
Betul betul buang masa.

Selesai semua .. tunggu lagi seminggu. Kitorang nak cek dengan bank negara. Kalau ok datang bawak deposit dan cop syarikat.

"Ok .. roger .. minggu depan yer ..?"
"Ye encik "

Aku pun salam dengan partner .. dan terus chow
"Assalamualaikum Tuan"

Kalau bulan lepas .. pekena teh, mee goreng bagai . tapi bulan ni jumpa, salam, cakap sikit, ketawa sikit, senyum sikit .... salam ..dan bye bye. Tu jer.

Baru nampak betul betul buat kerja?

Tuesday, September 1, 2009

H1N1 : Di ketahui selepas mati?

Jawatankuasa Semakan Kematian Influenza A (H1N1) akan mengkaji tiga kematian terbaru yang dilaporkan hari ini sama ada ia disebabkan jangkitan wabak itu atau sebaliknya. - aku petik dari Bharian.
Pelik .. memang pelik.

Mungkinkah kita sekarang masih tidak mempunyai alat untuk mengesan virus H1N1 dari tubuh pesakit ketika mereka sakit? Nak tunggu mati dulu baru tau?

Kepada yang melawat ... berpeluk cium, berdamping mesra dengan pesakit tu berhati hati la.
Jangan panik .. jangan panik.

Tengok tengok limau

Hari ni aku melawat kawan yang dirundung malang. Minggu lepas, dia dimasukkan ke hospital kerana batu karang. Duduk sana 3 hari. Lepas tu keluar sehari dan masuk lagi. Kali ni di hospital lain. Dia kata ... jangkitan virus pada jantung. Sesak nafas dan di tahan di hospital. Mungkin seminggu atau dua. Nampaknya bulan Puasa ni, waktu di habiskan di hospital ... kesian.

Itu baru cerita tentang waktu .. tentang kos pulak...usah citer lah .. Ghibu Ghibu.

Sesampai aku di hospital swasta hari ni .. nurse tunggu kat pintu. Dua nurse yang cun gak la. "Encik .. Ada demam atau selsema?", tanya budak tu. "Hish .. saya sihat walafiat. Masih ok", saya jawab.

Kemudian dia suruh saya basuk tangan. Di situ ada 2 botol pencuci tangan bercampur alkohol kot .. Bila sembur, tangan rasa sejuk. Di tepi ada satu kotak, di isi dengan topeng hidung dan mulut. Kalau tetamu sihat, maka tak perlu diberi .. mungkin.

Selesai cek .. baju aku di tampal dengan sticker 'hijau' berbentuk bulat ...
Saya kata pada nurse tu .... "Miss .. saya dah tak der parti parti"
"Dak Encik .. sticker ni bukan parti, tapi tanda lulus". Bermakna saya dah boleh masuk ke dalam hospital.

Sesampai di wad .. kena tahan lagi. Kali ni dia kata, "Encik boleh lawat cuma jam 5.00 ptg". Tapi saya datang jam 2.30 ptg. Bermakna saya kena tunggu lagi 2 setengah jam.

Aku panggil nurse yang di sana dan berkata, "Miss .. kalau suruh datang jam 5.00 ptg, saya rasa lebih baik hantar hospital tengku ampuan rahimah. KAwan saya yang suruh datang ni. Bukan saya nak tengok pun .. boleh atau tak?"

Dia masam .. dan bagi aku masuk.

Selesai melawat, singgah ke ladang limau. Tengok limau .. tanya khabar pada pokok, sebut salam pada pokok ..

Hah tengok tu .. baru 2 bulan. Limau muda dah terbit tak henti henti. Dah 4 kali buang petik. Bulan Januari baru boleh tuai ... Hmmmmmm ... September, Oktober, November, Disember ... Januari ..Ish ..lagi 4 bulan.