Banyak berita tentang politik rupanya. Tentang kuil lah .. tentang rompakan kuasa lah .. macam macam lagi.
Nak tengok pun malas. Nasib baik lah ada kawan yang tolong update wartamaya. Sekarang dah tak perlu toleh toleh lagi cerita politik tanah air. Menjemukan.
Kawan kawan ada yang bertanya. Tak kurang juga yang memujuk untuk aktif kan balik politik. Tapi ingat pesan orang tua, kami adik beradik tidak dibenarkan berpolitik kerana sejarah silam. Dulu betapa seksa nya kami sekeluarga kerana bapa libatkan diri dengan politik. Tak salahkan arwah kerana memang minat dia. Tapi sekarang kami sekeluarga hanya sekadar berbincang, tapi tak libatkan diri. Politik negara kita .... politik kotor.
Puasa sudah 17 hari. Semalam lepak ngan adik beradik di rumah kakak. Kebiasaan dibuat oleh kami adik beradik. Sekadar bergurau gurau dan mengupdatekan diri dengan perancangan hari raya nanti. Siapa yang akan pulang ke kampung dan siapa yang beraya di rumah mertua.
Tahun ni sambutan raya seperti tahun tahun lepas. Tidak meriah. Teringat pesan sifu "Hari Raya untuk orang miskin bergembira." Setuju sangat.
Tapi aku di golongan antara orang miskin kot? Jadi tak salah bergembira rasanya.
Tahun ini, abang yang sulong, kakak dan adik akan beraya di Kampung bersama ibu. Manakala aku dan adik perempuan, akan beraya di rumah mertua. Raya ke 2 atau ke 3, baru pulang ke kampung halaman sementara adik akan pulang dari Kelantan dan beraya di kampung seminggu hari raya.
Jenuh ngutuk ngutuk, ketawa ketawa, makan serta sembang beramai ramai. Jam 11.30 malam tadi baru pulang ke rumah masing masing.
~ Tamat ~
Jika PAS jadi MB Selangor : Subky Latif
10 years ago
5 comments:
Bila ahli keluarga berkumpul, cerita apa..?
Salam Tuan Zubli,
Cerita cerita tentang bagaimana nak tambah anak, tambah kilang.
Shhhh .. jangan bagi tau orang rumah.
Kalau hari raya, bercucuk tanam dak?
Nak tahu jugak pokok limau apa, baja beli sendirikah, jenama apa?
Limau kasturi. baja dari jabatan pertanian. Baja Jabatan pertanian buat packing sendiri.
Raya nak cucuk buat ape. Kita belasah ketupat la. wakakaka !!!
Ooo Limau Kasturi ya. Bagus. Sebab Jebat Mesti Mati. Tuah tak lulus SPM.
Baja itu baik tidak? Ikut Jalil Anak Hamid, baiknya baja taik ayam.
Ayam nya buat rendang, kita belasah ngan ketupat.
Betul gak, hari raya, tak kan cucuk mencucuk pula ya.
Post a Comment