Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Tuesday, November 24, 2009

Tolong ! Limau aku diserang ....

Aku mendapat panggilan hangit pada minggu lepas lagi. tapi dok sibuk dengan kebun kat Jeram, jadi tak sempat nak jenguk kebun di Kelang.

Macam aku dah bagi tau sebelum ini .. racun dah beli, tong pun dah beli .. Tunggu waktu panas untuk aku serang serangga kat pokok aku tu.

Sebenarnya serangga tak serang, cuma dia cari makan. Dalam 1,000 pokok limau kasturi, 4 darinya telah teruk di serang. Daunnya lunyai ... berlubang lubang. Pokok tu dah tak handsome lagi ...

Jadi pagi ni aku gi la jugak ke kebun tu .. tengok perkembangan ....
Tu dia ... pokok yang kena attacked .. !



Aku bawak bersama racun 2 botol .. cukup untuk 1,000 pokok .. Jenis Malathion. Harganya RM19,50 sen sebotol. Dan Satu botol tu boleh dicampur 3.5 gelen air paip. Dah dicampur secukup rasa .. maka boleh la disemburkan ke pokok.



Dibawah ni .. mesti ada, Penutup hidung dan mulut .. boleh guna untuk H1N1 jugak. Harga? Free ... kawan bagi.



Sarung tangan .. takut terkena racun. Kalau kena kat tangan, kita tak perasan nanti .. susah. Termakan la pulak .. Tak pasal pasal masok hospital .. Harganya RM2.50/sepasang.



Dibawah ni .. TOng racun cap gajah .. Kapasiti 3 gelen campuran. Ada gambar gajah. Kalau tak tau nak sukat .. Air sesudah di campur dengan racun, mesti ketinggiannya sampai atas gajah lebih sikit. Kawan ada bagi tau .. kalau air tak lepas bahu gajah, susah nak angkat. Gajah angkat racun? Cam perli aku je...



Dibawah ni lah serangga yang aku jumpa sedang meng 'attack' limau aku. Dia keluarkan cecair pekat cam getah pada daun pokok. Bila daun pokok tu di selaputi cecair tu, alamat susah la daun nak sedut Oksijen. Bila daun tak dapat udara .. dia kering dan mati .. Pokok pun mati sama.



Untuk 1000 pokok, aku guna 2 botol racun dan 6 gelen air .. Buat kerja jam 10 ... dalam jam 11 selesai. Lepas tu basuh tangan ... lepak jap ..kemudian baru la boleh gi minum ngan kawan...
Minum tu adalah syarat wajib bertani .. Hu hu hu ..

1 comment:

DIANA said...

hi saya diana ada produk baja yang sesuai.... untuk pertumbuhan pokok.. kalau pakai baja ni mesti x de masalah serangga. ini adalah baja ORganik.. baja TONMAI dan TAA VEE KUN. sya dah gune mmg bagus.buah lebat, daun pokok akan berkilat, sesuai untuk semua jenis tanaman. boleh call sya untuk maklumat lanjut: cik diana 017-2570708

thanks