Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Thursday, December 3, 2009

Rezeki tidak diduga

Hari ni sungguh keletihan. Dalam letih, bangun juga untuk selesaikan masalah keluarga. Petang, baru pulang ke rumah dan berehat ala kadar. Tak banyak berita di perolehi dari rakan. Celcom mungkin terlalu dengki.

Tapi semalam, segalanya berjalan lancar. Beberapa lokasi tanaman telah disediakan. Operasi meracun pun diteruskan. Pulang ke 'base' memerhatikan rakan membakar lebihan lalang yang kering. Oleh kerana cuaca agak panas, kawasan pembakaran pun menular. Termenung sambil berfikir, "Bagaimana kalau hujan dan api terpadam".

Sedang mengelamun, tiba tiba penduduk rumah berhampiran memangggil kami ke rumahnya. "Mungkin ada perkara penting", kata dalam hati. Kami bergegas. Sampai di sana, sudah terhidang nasi himpit dan daging masak kari. Temenung lagi aku. Besar nya kuasa Tuhan. "Ada rezeki yang tidak diduga". Mungkin ini berkat doa saban hari.

Selepas makan, kami minta diri untuk sambung kerja. Meneruskan urusan meracun di tepian pagar. Disitu, lalang nya sangat tebal dan insyaAllah, kalau murah rezeki .. pada lain hari, kami dah boleh tanam beberapa batang pokok. Benih pun sempat kami semai ...

Jam 5.30 ptg pulang. Singgah untuk buat laporan kepada Sifu, ngobrol sampei jam 7.00. Mata dah layu keletihan. Pada malam pula, buat laporan pada sorang lagi kawan. Selesai dan pulang.

Letih semalam masih tak hilang. Sengal sengal badan pun masih terasa. Mungkin perlu rehat untuk beberapa hari. Isteri pun dah merungut kerana kalau letih .. dia lah yang kena urut. Esok kalau berkesempatan, mungkin jenguk ladang limau pula.

-Tamat -

4 comments:

mangchikla said...

Insya Allah, berjaya, ameen.

raden said...

InsyaAllah, berkat doa kawan kawan.

mangchikla said...

ehem.. mari main teka, kat jeram? kat pantai remis? kat sungei semilang? akakakakaakkaaak tgk gambak pokok mulberi makin besau kar blog sifu...

ISA said...

Kat Batang Berjuntai la... Apa nak rahsia2.

Isteri merungut kena jadi tukang urut..., sapa urut sapa...?

Kopi... apa...????