Hah. ... tu la dia barcode untuk barangan. Trademark 'jenama' dah dapat dan sekarang barcode. Yuhuuuu ... !
Untuk pengetahun, barcode ni untuk memudahkan barangan kita dikenal pasti di pasaraya. Seterusnya, barcode ini digunakan untuk mengklasifikasikan sesuatu barangan juga mempunyai pelbagai fungsi mengikut yang diprogramkan di komputer sesebuah pasaraya tu.
Bila customer nak bayar, kaunter bayaran just scan menggunakan 'barcode scanner' dan nilainya di campurkan dengan barangan-barangan lain. Qty barangan yang terjual juga turut di tolak dari jumlah stok di dalam stor pasaraya tu.
Barcode ini dicipta sekali untuk setiap barang. Bermakna tiada barangan yang mempunyai barcode yang sama. Lantas .. sekiranya barangan kami nanti diekspot (chehhhh), orang luar negara boleh juga scan barcode itu.
Proses untuk mendapatkan barcode tu tak lama. Tapi remeh sikit la. Kena que. Lepas dah dapat barcode ini, ianya akan diprintkan ke barangan kami nanti. 3 barcode di atas untuk 3 jenis pembungkusan. Satu barcode untuk satu unit. Satu barcode lagi untuk satu carton dan satu barcode seterusnya untuk carton yang mempunyai quantity yang lebih jumlahnya.
Aku ada tanya pada pegawai yang keluarkan barcode tu, "Kalau produk kita, contohnya buah mulberry cuma setakat segenggam, boleh tak apply barcode?" ... Pegawai tu kata, "Kalau setakat segenggam, suruh makan sendiri, tak payah berangan nak jual. Kalau nak apply juga boleh, tapi tampal je kat lori yang nak angkut buah tu.". Aku tanya lagi,"Kenapa Encik?". Jawab pegawai tu,"Jumlah lori lagi banyak dari buah."
Itu kata pegawai tu ... bukan aku yang kata. Wakakak !!!
"Shhhhh .... jangan bagi tau orang Perak"
3 comments:
[..] Aku ada tanya pada pegawai yang keluarkan barcode tu, "Kalau produk kita, contohnya buah mulberry cuma setakat segenggam, boleh tak apply barcode?" ... Pegawai tu kata, "Kalau setakat segenggam, suruh makan sendiri, tak payah berangan nak jual. Kalau nak apply juga boleh, tapi tampal je kat lori yang nak angkut buah tu.". Aku tanya lagi,"Kenapa Encik?". Jawab pegawai tu,"Jumlah lori lagi banyak dari buah." [..]
Hadoiii..naik sawan gua gelak..guling-guling baca ayat last lu.! Wakakaka..
Amboi..amboi..amboi..tampor nyamuk sindir isa nampak ?
Ni apahal nama gua terbabit..., lu cakap jelah terus terang kena tidur kat hall lagi.
Nyamuk banyak..., asyik kena tampar jer... setiap kali tampar keluar darah semerah mulberry.
Tu yang jiwa jadi kacau tuh... ha.. ha.. ha..
isa,
wakakaka..gua cadang nak renovate umah gua bikin terus tak ade langsung 'hall' amacam? pastu leh taruh 'barcode'.
Post a Comment