Hari ni merupakan hari orentasi anak dara aku yang baru masuk tingkatan 1. Jam 7.30 pagi, kami dah sibuk kuar untuk hantar. Katanya banyak aturcara. Dengan ucapan, ceramah dan pendaftaran, mungkin paling lewat pun ... jam 12 tgh akan selesai.
Sesampai saja aku pun gi la ke sekolah untuk cek anak aku masuk kelas mana. Tak der dalam senarai dan aku pun terus lepak kat dewan untuk acara selanjutnya.
Sedang dengar ceramah .. bukan ceramah politik, tapi ceramah tentang hubungan anak dan ibu bapa .. Cuma ada yang guna "Salam 1Malaysia" .. aku senyum je.
Aturcara yang diatur oleh pihak sekolah untuk hari ni termasuk,
jam 8.00 hingga 10.00 - Ucapan dari pihak sekolah termasuk pengerusi PIBG. Semuanya ucap Salam 1Malaysia. Nasib baik tak 1Malaysia yang datang. Jika tidak .. penuh la sekolah tu.
Jam 10.00 hingga jam 10.30 pagi - Ceramah. Dimana sepatutnya ceramah tu bermula jam 9.00 sehingga 10.00. Tapi dek kerana cikgu cikgu yang beri ceramah lagi panjang ceramahnya, maka waktu penceramah sudah terpaksa dilanjutkan.
Selepas jam 10.30 - Sessi pendaftaran pun mula ...
AKu terus berjumpa dengan guru bertugas dan dia letak anak aku dalam satu kelas. Kami pun bergegas untuk selesaikan hal pendaftaran.
Ambil nombor .. waduh giliran 44. Nama yang sedang di panggil adalah 4. Huh lama lagi ni. Lepak kat kantin pekena air. Kongsi suami isteri dan dua anak aku, ku beli kan air serta kuih sikit.
Tepat jam 1.15 tgh .. masih tidak selesai. Dari jumlah 55 orang murid, nama yang sudah dipanggil cuma 15 orang. Kelihatan 2 guru datang membantu. Dalam pada itu, kelas lain semnua dah selesai buat pendaftaran. Kelas anak aku masih kelam kabut lagi.
Di papan kenyataan tertulis, nilai YURAN yang perlu dibayar.
Untuk pelajar lelaki - RM133.50
Untuk pelajar perempuan - RM96.50
Untuk pelajar lelaki - RM133.50
Untuk pelajar perempuan - RM96.50
Guru tak buat sebarang kenyataan tentang kaedah bayaran yuran secara ansur ansur. Ibu bapa yang sengkek termasuk aku, dok bertanya tanya, betul ke yang menteri cakap baru ni? Kononnya bayaran ansuran sehingga hujung tahun 2010. Aku dah biasa kena cam ni, tapi tertunggu tunggu juga kalau betul ke cikgu ikut cakap kementerian. Atau pun diorang ni 2 x 5, sama-sama cakap tak serupa bikin.
Tepat jam 1.30, datang seorang yang aku rasa kakitangan sekolah. Sebeban Anak kunci di tangannya. pergi masuk ke setiap kelas dan bertemu guru. Dia kata, "Kalau tak selesai jam 1.30, sambung hari Isnin" ..
Cehhh ! ... Aku pun tak tunggu lagi .. terus blah.
Tu la dia ..
Aku teringat masa zaman aku kecik dulu. Pendaftaran, buku bantuan dan bayar yuran tak kelam kabut cam ni.
Ada pula guru yang berkata, "Kalau yuran bayar ansur ansur, kami susah". Susah nak kutip .. sikit sikit. Ada pulak orang PIBG kata, kalau yuran tak kutip susah PIBG nak buat rancangan. Bantai la situ .. Aku tengah ada duit tak per, tapi kalau tak der duit .. sorry je la. Nkorang tunggu la sampai hujung tahun.
Apa nak buat .. 1 malaysia la katakan. Lepas keluar dari sekolah, terus gi kedai pergi cari gula. Langsung tarak ... tokey kedai kata mungkin lewat petang baru sampai. Ni semua karenah 1Malaysia. Cam haprak ! Cam sial !
Bukan nak menyenangkan tapi semuanya menyusahkan.
3 comments:
uwaaaaaaa skolah katner? Ari tuh si Hisham kan ade ckp yuran takyah byr? Anak eden daftar 10hb uekekekekekeek lawa gambar..camera baru ke? Uwaaaaaaaaa mulberi kot
Kamera baru lepas cuci dengan limau kasturi .. wakakak !!!
memang dah lama sekolah practice installment ni, tapi rasanya hari tu ada gurubesar tu kata tahun ni gomen cuma bagi sampai bulan june. ish wak, 1malaysia mana ada yuran sekolah. tu bukan yuran tu nama dia bayaran tambahan. isham pun dah declare kat meeting unicef dulu. (lepaih tu rasanya mat saleh yg attend tu pakat dok gelak)
Post a Comment