Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Wednesday, August 5, 2009

H1N1 : Berapa ramai lagi perlu mati?

Aku petik dari internet ...

Virus adalah jasad makhluk hidup terkecil dalam makhluk mikro organisme. Virus tidak hanya tidak memiliki struktur sel, sebagian besar juga hanya mengandung satu jenis DNA atau RNA dan protein.

Virus memiliki sifat menumpang hidup secara khusus, berdasarkan tempat menumpang hidupnya yang berbeda-beda, dapat dibedakan menjadi virus hewan, virus tanaman, virus bakteri, bakal virus dan berbagai jenis lainnya.

Bentuk dan ukuran virus pun beraneka ragam, meskipun virus sangat kecil, namun dapat mengakibatkan berbagai penyakit dan komplikasi pada manusia. Jauh sebelum manusia eksis di dunia ini, virus sudah ada, banyak ilmuwan yang percaya, ada sebagian virus bahkan berasal dari angkasa luar.

Selama lebih seratus tahun belakangan ini umat manusia telah mengalami 7 kali wabah flu berskala besar, yakni:
1889 – 1890 wabah flu Rusia (jenis virus: H2N2 tipe-A) dengan angka kematian mencapai 1 juta orang.
1918 – 1920 wabah flu Spanyol (virus H1N1 tipe-A) dengan angka kematian dunia mencapai 25 – 90 juta orang.
1957 – 1958 wabah flu Asia (virus H2N2 tipe-A) dengan angka kematian 1 juta orang.
1968 – 1969 wabah flu Hong Kong (virus H3N2 tipe-A) korban meninggal mencapai jutaan.
November 1999 – April 2000 wabah flu di seluruh dunia (virus jenis H3N2 tipe-A).
Dan yang terakhir adalah se-rangan mendadak viruswabah flu kali ini, April 2009 yang mencakup seluruh dunia (virus jenis H1N1 tipe-A). - seterusnya DI SINI
Ramai yang lebih berminat bercerita tentang politik dan kegilaan kuasa sedangkan virus ini sedang meragut satu demi satu nyawa antara kita. Tersilap percaturan, mangsa seterusnya mungkin aku, dia, anda, jiran atau keluarga terdekat.

Waspada ... wabak ini kah yang dimaksudkan di dalam AlQuran?

Saturday, August 1, 2009

Bila semuanya tak ngaku salah

Kerana perhimpunan anti dan pro ISA hari ni, Kuala lumpur dan persekitaran menjadi kelam kabut. Semua jalanraya yang menuju ke pusat bandar itu sesak teruk sejak semalam. Semua polis bertugas di daerah masing masing dan membuat sekatan. Tujuan nya menghalang perhimpunan itu berlangsung.

Hari ni Kadir Jasin dah marah .. dia kata .. When the Majority Became Victims of the Minority
Kemarahannya di tujukan kepada pendemo yang mahu berdemo.

Bila dituduh .. "Kesesakan ini berpunca dari kamu !" .. Dua dua pihak yang menyalahkan antara mereka kerana masing masing mempunyai alasan masing masing.

Pendemo akan berkata .. "Kalau tiada polis buat sekatan, jalan tidak akan sesak." Sementara polis pula bagi alasan, "Kalau tiada demo, kami tak buat sekatan" .. Maka akan timbullah soal telur dan ayam mana yang mula mula ujud.

Jadi siapa agaknya yang benar benar salah? Negara demokrasi .. masing masing ada pendapat masing masing. Tinggal sejauh mana bijak nya rakyat Malaysia memikirkan siapa salah dan siapa yang benar di dalam soal ini.

Friday, July 31, 2009

H1N1 : Perancangan kelam kabut

Pengalaman semalam menunjukkan ramai ibu bapa yang tak puas hati. Perancangan untuk menghalang penularan virus H1N1 memang kelam kabut. Tak terancang langsung atau semua pihak dah panik. Siapa yang salah?

Kalau nak salahkan guru saja tak patut. Diorang pun bengong sebab tak der arahan dari mana mana pihak. Ikut sedap tekak sendiri.

Pelajar yang dikuarantinkan, tidak di berikan layanan. Di biarkan sekumpulan. Ada yang mengadu di kunci di dalam bilik. Makan dan minum ntah kemana. Dalam media ada yang di temubual. Terdapat guru guru dan murid bersiar siar di pusat membeli belah ketika sekolah di kuarantinkan. Giler ke?

Menurut rungutan dari kawan kawan yang berpengalaman mengambil anak dari sekolah atau pusat pengajian yang ditutup ....

Tiada jururawat di kawasan sekolah untuk memastikan murid mana yang sudah terkena wabak atau belum. Semuanya di arahkan pulang dan kemungkinan virus pun ikut balik ke kampong. Keluarga yang sebelum ini selamat, kini terdedah kepada penyakit. Dari jumlah sikit, kini semakin ramai.

Pelajar yang sudah demam, selsema dan batuk mengadu tidak di berikan rawatan oleh pihak sekolah. Ubat pun tak beri. Doktor pun tak ada.

Ibu bapa sudah panik .. anak yang tekena demam atau selsema menyerbu hospital hospital kerajaan. Kalau dulu cukup sekadar pergi ke klinik swasta .. sekarang kena pergi ke hospital kerajaan. Kakitangan hospital pun dah bosan. Setiap hari ramai sangat yang datang. Semuanya macam ketakutan.

Semalam masa aku ke hospital ..
"Cik .. saya nak buat pengesahan H1N1 .. "
Kata jururawat bertugas .. "Tak kira lah sakit apa encik ... mana IC dia" .. dengan nada yang bosan.
Kerusi penuh, yang berdiri, duduk semua ada. Kawasan menanti penuh dengan pesakit dan ahli keluarga. Yang datang nak buat pengesahan pun cukup ramai. Yang betul betul sakit, yang selsema sikit. Yang pakai topeng, tak pakai topeng semua ada.

Apa kata pihak menteri? ... "Semuanya terkawal !"
wakakakak !! Terkawal atau sedap kan hati sendiri?
Tu pasal aku malas jadi menteri. Kalau tak pandai .. buat cara tak pandai. Kan senang?

Thursday, July 30, 2009

H1N1 : Kejutan hari ini

Hari ni panggilan kecemasan dari teman anak yang berada di asrama. "Datang segera pakcik ! ... anak demam, batuk dan selsema. 3 orang dah positif H1N1. Cikgu suruh ambil anak. Dia beri cuti seminggu."

Sedang berbincang bersama kawan tiba tiba terpaksa berhenti. Ambil isteri dan terus pergi ke asrama anak. Bertolak jam 2.30 dan sampai jam 4.00 petang. Di sana anak sudah menanti. Suhu badan naik. Guru guru masih ramai berhimpun dan tercenggang cenggang di dalam bilik guru. Yang tersengeh, tersenyum dan tak kurang juga yang melopong tak tau buat apa apa.

Pelajar pelajar berkumpul antara mereka. Masing masing berbincang masalah masing masing.
Aku tanya guru .. untuk memastikan jumlah yang positif selsema BABI .. "3 orang semuanya.", kata seorang guru perempuan. Saya bertanya kembali .. "Jadi sekarang mahu tunggu apa? Apesal tak tutup saja sekolah ni?" ... Jawab guru, "Kami sedang tunggu laporan dan arahan dari pejebat pelajaran. Masih belum perolehi." ...

Aku berjumpa dengan pelajar .. menyelidik tentang perkembangan di sana. Aku bertanya,"berapa ramai yang demam?" .. Di jawab oleh seorang pelajar perempuan,"Ramai .. sekarang ni pelajar tingkatan 4 yang sepatutnya ada kira kira 125 orang, tapi tinggal kurang dari 20 yang ada di dalam kelas. Ramai antara mereka pulang ke rumah di jemput oleh ayah mereka. Ada yang tidak sihat dan demam." Aku tanya untuk kepastian, "Berapa ramai yang sah positif H1N1?". Dia jawab,"3 atau 4 pakcik" ... Aku tanya terus, "Atu korang tunggu apa lagi?" ... "Kami takut nak pulang .. takut cikgu marah !", jawab mereka.

"Pakcik rasa .. tunggu mati dulu baru sekolah tutup agaknya?", kata aku pada mereka. Jawab murid murid yang ada di sana .. "betul tu pakcik."

Anak aku sudah siap .. segala surat menyurat sudah siap dan terus ku angkut masuk ke dalam kereta. Memandangkan ada yang melihat kereta aku di pandu terus ke tempat letak kenderaan guru guru .. maka ada cikgu yang sudah hubungi JAGA untuk sound aku ..

Sesampai ke pondok JAGA .. Di sergah oleh pegawai yang bertugas .. "Hhhhaaaa ... ini yang saya nak marah ni .. !" ... Aku yang terkejut dengan sergahan tu ... terus aku menjerit sama .."Ye aku pun nak marah .. kita tengok sapa punya marah yang kuat !" ... Pegawai keselamatan tu terus .. merendahkan suara .. "Alamak .. baru nak marah, dia dah marah. Ingat nak gurau gurau .. ".

AKu terus serah surat pelepasan pada pegawai tersebut. Dan berlalu .. Di tepi pondok aku bertanya,"Kenapa topeng mulut hanya untuk guru?" ... "Ntah la tuan .. kami pun tak dapat.", jawab pegawai keselamatan. "Oh yaa ... ini macam .. cikgu je la yang hidup .. orang lain boleh mati." .. "Ye la agaknya?" jawab pegawai itu .. dan aku balas ... "Ini macam pun ada?".

Sebelum berlalu Pegawai keselamatan berpesan .. "Encik .. bawa anak encik ke hospital untuk pemeriksaan." ... hati bercampur campur, nak jawab marah, atau nak berbaik. Peringatan tu .. jadi aku slow kan suara .. "OK .. terima kaseh". Dalam hati berkata .. "Aku tau apa nak buat, tapi anak aku dah demam 3 hari, cikgu tak bawa pun ke klinik. Ubat pun tak bagi. Talipon selepas 3 hari .. Cheh ... !".

Berkejar terus ke hospital berdekatan dengan rumah .. selepas di ambil darah, Doktor sahkan jangkita biasa dan bukan H1N1 .. Alhamdulillah ... lega rasanya. Di berikan ubat dan aku pun pulang.

Hah .. selesai satu cerita hari ni ..

Wednesday, July 29, 2009

H1N1: Selamat kah anak kita?

Hari ni .. anak aku pulang dari sekolah mengadu sakit tekak. Katanya macam rasa nak batuk. Badan rasa tidak sihat. Malam ni aku akan bawa mereka ke klinik untuk rawatan. Bimbang juga kerana virus H1N1 sekarang ni dah macam tak terkawal. Kerajaan pulak tak komen apa apa dah.

Satu hari seorang mati.
Kelmarin seorang .. semalam seorang dan hari ni lagi seorang meninggal dunia.

Manakala beberapa kolej pengajian tinggi dah mula di arah tutup. 2 hari lepas, Sekolah Teknik Kuala Selangor, di tutup. Adik aku kelam kabut pergi ke sana untuk bawa pulang anak mereka.

Hati dah mula bertanya, kerajaan mampu kawal atau tidak wabak ini? Kalau kita kita yang kena, tidak apa juga. Tapi kalau anak anak yang masih kecil .. hai tak cukup tidur nak memikir.

Dari itu aku dah buat keputusan untuk tidak membenarkan anak aku pergi kesekolah untuk beberapa hari bermula esok.

Isteri ada bertanya, adakah ianya tidak menjadi kesalahan?

Aku jawab .. anak kita, tanggung jawab kita. Kalau cikgu suruh pegi sekolah, minta dari mereka 'surat pengesahan sekolah selamat dari sebarang wabak'.

Bagaimana cikgu nak jawab agaknya?