Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Saturday, August 29, 2009

H1N1 : Balik balik kita yang kena

Hari ni di laporkan bahawa menteri kesihatan negara kita mendapat laporan dari WHO jumlah penyebaran wabak penyakit itu meningkat kerana rakyat tak berpengahuan tentang wabak tersebut. Itu yang dilaporkan oleh Menteri kita. Bila dapat report ... mula mula tuding jari kat kita. Sendiri tak pandai .. buat buat tak tau.

Laporannya di sini

Sememangnya dah agak .. dulu kata jangan panik. hari ni kata rakyar plak yang tak pandai. Sebelum ini kata nak bagi sekolah sekolah alat penyukat suhu badan. Ntah ada ntah tidak.

Di beritahu dek satu sekolah kat sekitar tempat aku tinggal, sabun basuh tangan sebanyak 2 botol diberikan kepada sekolah sekolah. Tandas mungkin ada 4 atau 6. Kat mana botol tu nak di letak.

Tu la pasal .... kalau pilih menteri tu biar lah betul betul. Dah la tak pandai .. maruah pun tak dak. Bila tanggung jawab fail .... salahkan kita balik. Letak jawatan tak mau .. Konon perasan pandai la tu ...

Wednesday, August 26, 2009

H1N1 : 71 orang la plak

Hari ni di beritahu di dalam berita, kematian yang berpunca dari H1N1 di negara kita telah meningkat dengan cemerlangnya, seramai 71 orang.

Hebat la Malaysia .. Malaysia boleh ... wakakakak !

Nah ... kita masih memegang tempat pertama dalam menyumbang jumlah kematian di Asia.
Terngiang ngiang kat telinga pada awal H1N1 ni dulu ..
Menteri kata .. "Jangan panik .. "
Dan ada doktor buat kenyataan kata H1N1 ni tidak menyebabkan kematian.
Malangnya aku dah tak dapat nak carik berita tu lagi ..

Ada gak doktor sengal cam tu .. ntah berapa ramai la plak doktor yang sama kategori sengalnya.
Macam macam ada kat negara kita ni. MAcam macam lawak la plak. Kekadang macam sarkas.

Tapi nak nasihatkan kawan kawan kat luar sana ..
Sekarang ni penyakit Yang "Jangan panik" ni sedang menular. Cukup pantas. Jumlah kematian yang diwartakan tu ... wakakaka .. sendiri agak agak la. Betul ke tak betul?

Dari itu .. jauhkan berada di kawasan tertutup, terkurung dan berhawa dingin. maklumlah .. virus yang tersebar tu tak ucapkan salam pun. Dia nak attack .. dia attack. Pada yang tak cukup ketahanan badan .. lagi la senang.

Kalau ada ahli keluarga yang demam .. cepat cepat bawa ke hospital. Bimbang juga ... mana la tau. Rezeki jangan di tolak. Bala jangan di carik.

Awalnya aku rajin gak citer pasal H1N1 ni .. tapi lama lama dah menyampah. Kita dok sibuk, orang lain buat tak tau jer .... apa katanye? ..... "Jangan panik"

Friday, August 21, 2009

Apa punya sistem la ....


Low attendance: Very few students were seen trickling into SMK USJ 12 for the morning session yesterday, following the death of one of the teachers the day before. The teacher’s death was rumoured to be from the Influenza A(H1N1) virus, but was later reported to be from pneumonia and multiple organs failure. - star

Ini aku petik dari Star .. katanya Sekolah lengang kerana mak bapak takut hantar anak sebab ada guru yang ninggal.

Parents budak budak yang nak ambik periksa dah panik nampaknya. Anak nak periksa, tapi takut nak hantar anak ke sekolah.
Nak tengok keputusan periksa tahun ni. Agak agak meningkat ke merudum?

Bantai la situ ... ramai sangat yang macam pandai.
Yang senang pun boleh jadi Susah .. !

Thursday, August 20, 2009

Pekena cendol Leman


Adik ni memang suka makan cendol.
Perjalan dari Melaka ke Selangor. Singgah jap ke Negeri Sembilan. Masuk dari tol Pedas Linggi, terus ikut jalan dalam ke Seremban. Jumpa la kedai cendol dan nasi ayam. Kedai Leman Dawi. Dah pernah masuk TV kata diorang. Kalau makan cendol kat sini ... beli satu, tambah FREE.

Tu dia .. kereta beratur. Kalau nkorang lalu situ, memang sepanjang masa ramai orang. Tapi bulan Ramadhan nanti .. kalau ada yang datang ramai ramai tengahari .. memang melampau la.

Kalau sesapa nak rasa .. boleh cuba.

Anggur aku dah besar

Ehsan dari sifu .. beberapa batang pokok anggur diberi untuk di tanam. Tak pernah rasa nak jadi mat salleh tanam anggur. Tapi ok gak la ...



Pagi pagi sebelum kuar .. ucap salam dulu kat pokok Anggur. Balik kerja pun anggur ni dulu dapat salam dari aku.
Kawan kata .. treat pokok macam kawan. Senang dia membesar.
Ambik hati .. ajak sembang. Tapi tak boleh citer politik dengan pokok. nanti Pokok tu kata, "ehh ...giler ke mamat ni?"