Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, October 12, 2009

Anak pokok Mulberry


Ni gambar bapak pokok yang sudah di PRUN.
Biasalah .. aku cilok dari blog Dr. Wahab DI SINI

Anak2 pokok Buah Mulberry untuk di jual mengikut size dari RM12 - RM18 iaitu :

A)1/2 kaki tiggi dan tunas dahan = RM12.
B)1 kaki tinggi dan banyaknya dahan dgn daun = RM15 - RM18.

Khasiat buah yg kaya dgn kandungan ANTIOXIDAN dan Vit C melebihi buah oren.
Senang untuk di jaga dan membesar juga baka yg sesuai dgn cuaca di Asia.
Tak mengambil masa yg lama untuk berbuah lebih kurang 1-3 bulan sahaja juga bergantung pada baja yg di gunakan.
Pokok yg perlu ada pada setiap rumah dan sesuai di tanam di dalam pasu atau di tepi2 pagar rumah.

Berikut gambar ladang Mulberry di Thailand

Teh Sutera



Gambar atas ni adalah gambar Air teh ais Mulberry .. Hmmmm ..
Menurut katanya .. minuman untuk hilangkan dahaga. (memang la) dan anti oksidan

kalau Nak buat teh mulberry...Kita guna daun muda/pucuk... (Usia tidak lebih dari 3 minggu)
kena kukus dulu...Bersihkan daun...kukus api kuat untuk 1.5minit...
Kemudian hiris halus mcm mayang daun pandan...perah air berlebihan...
Letak atas nyiru..anginkan hingga kering...

Khasiat teh daun mulberry
Mencegah selsema dan batuk
Mengurangkan kesan darah tinggi.

Cara minum, 2 sudu teh daun mulberry dibancuh dgn air panas... - Aku cilok dari forum SINI

Teh daun sutera yang diimpot dari luar negara. Harga sekilo ialah antara USD90.00 ke USD150.00.

Keterangan lanjut tentang pokok sutera DI SINI
Rujuk Why Ziamese Mulberry Tea Is More Superior Than Other Mulberry Teas?

Lagi tentang Mulberry




Gambar ni aku cilok dari blog adik NI

Pokok ni mula berbuah pada usia 3 bulan. Tapi buah pertama itu di buang untuk ketahanan. Untuk kali ke 2 nya baru buahnya elok di gunakan.

Boleh buat jem, kordial, dadih dan macam macam lagi.
Daunnya boleh buat teh ..
Dan batangnya boleh di rebus dan di buat ubatan traditional.

Menurut kata .. berita ni
Harga bagi sekilo daunnya sahaja sudah mencecah US90.

Rujuk kejayaan Siti Khadijah DI SINI
Khadijah Mustapa di 012-9026676 atau 03-60579197.

Buah malberi hitam yang biasa terdapat di barat daya Asia, manakala malberi merah yang ditemui di Amerika Utara mempunyai rasa yang kuat.

Malberi hitam, merah dan putih terdapat dengan banyaknya di India, Azerbaijan, Syria, Armenia, Pakistan, Iran dan Afghanistan dipanggil malberi unggul.

Khasiatnya paling popular dalam formulasi tradisional bagi mengelakkan kencing manis, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merendahkan paras kolestrol dalam darah.

Mahu tahu tentang penternakan ulat sutera .. check SINI

Sunday, October 11, 2009

Tahniah Isa Samad

Bukan nak menyebok cerita pasal politik, tapi sekadar nak ucap kan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad kerana berjaya kembali ke arena politik dengan bergelar ADUN Bagan Pinang.

Kekalahan PAS di pilihanraya ini bukan lah satu perkara besar kerana selama ini pun Bagan Pinang memang kubu kuat BN. Tapi yang menjadi pengajaran adalah PAS perlu muhasabah diri. Termasuk PR sendiri.

Kemenangan Pakatan Rakyat bukan kerana ianya PR dan perjuangannya, tapi kerana orang dah muak pada UMNO. Kalau UMNO boleh diterima rakyat, PR tak ada tempat.

Kepada Pemimpin PR, sila lah tengok tengok diri tu. Banyak yang tak kena dan ramai juga yang perasan diri tu glamour sedangkan sekadar nasib baik. Belum apa apa dah gila jawatan. Mula mula memang pada 2008 nampak la muka, lepas tu batang hidung pun tak ada.

Jadi .... jangan lupa diri, jangan jadi ego.

Friday, October 9, 2009

Kenapa lah ramai sangat yang bodoh ?


Tengok tu .. makanan tu antara yang aku suka makan. Tapi sekarang di larang. Menurut kata Menteri kesihatan, di dalam nya ada banyak plumbum.

Nasib baik la U.S. Food and Drug Administration (USFDA) telah menyenaraikan sebanyak 18
Kalau tidak, ntah sampai bila la kita makan benda tu.

Makanan tu dah berjual sejak zaman aku kecik lagi. Tapi sekarang baru berdecit cerita tentang ni. Dah berapa banyak racun yang aku dah makan.

Tak hairan la ramai yang mati dalam usia muda.

Punca sebenar ?
Menteri bodoh, Kementerian Tolol dan Persatuan Pengguna pun bahalol.

Nak tau pasal senarai barangannya .. http://fsq.moh.gov.my.