Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Monday, November 16, 2009

Aktiviti orang bersara

Ada orang takut untuk bersara. Bimbang tiada aktiviti yang akan dijalankan. Mungkin menjadikan seseorang itu rasa bosan.

Pagi Sabtu lepas, sempat aku sarapan pagi dengan seorang yang sudah pencen. Bekas polis katanya. Berkunjung ke rumahnya. Di tunjukkan beberapa kolam ikan. Ada 6 kolam ikan diperbuat dari kanvas. Modal kecil kecilan .. bermanafaat.

4 kolam untuk ikan keli. Satu kolam boleh isi 500 ekor. Selebihnya adalah untuk ikan puyu. Jual di kedai kedai berhampiran. Balancenya dimasak sendiri. Katanya, ikan puyu sedap dimasak lomak cili padi.

Disebelah kolam terdapat pokok pokok cili fertigasi. Katanya, setakat ini lepas lah duit belanja dapor. Hebat .. !
Sekurang kurangnya waktunya di manafaat dengan kerja berfaedah.



Sunday, November 15, 2009

Nak niaga kena ada website

Dah tua tua ni kalau suruh belajo .. memang letih. Tapi terpaksa sebab memang ada plan untuk masa depan.

Sibuk dengan pertanian, sibuk dengan burung plak tu. Macam macam la sibuk wak oiiii .. !

.. Oh ya .. cerita pasai burung ... Burung yang langgar rumah aku tempoh hari dan semakin ok. Cuma kaki kirinya masih tak berapa baik untuk diguna. Makanannya mak aiii .. sekor ikan sekali makan. Kalau sehari 2 kali makan, dah dua ekor. Nampaknya lepas ni aku kena bela ikan sendiri plak.

Tentang tanaman di kebun. Semuanya berjalan lancar. Pokok yang aku tanam kat atas tanah merah tu pun idup. Aku kena bagi penghargaan pada pencetus idea. Kena bagi anugerah nampaknya. Dah janji tu. Minggu ni kena tanam pokok kat Jeram pulak. Orang kampung sana pun nak suruh buat 3 ekar lagi. Mungkin diorang sedang ratakan tanah yang dah macam hutan.

Yang ngeri lagi ... sebelah tanah tu ada perkampungan Bunian. Tu kata orang sana la. AKu tak tau betul ke dak. Tapi menurut orang yang duduk kat sana, selalu ada orang lalu depan rumah menghala ke tempat tu .. alamak ... !!! Kah kah kah.

Ok balik cerita pasai belajo. Aku dah habiskan masa 2 hari suntuk depan internet, untuk tahu pasai buat website. Bontot ni dah jadi macam lempeng. Tapi sikit sikit website dah ok la .. website ni lagi complicated dari blog. Nak maintain pun leceh. Tak macam maintain blog. Tujuan aku belajo tu .. orang kata "kalau nak niaga kena ada website" ... jadi tu pasal aku buat website. Kemudahan untuk masa depan dan kemudahan untuk kawan kawan. Mana la tau ada yang teringin nak buat website, 1 page ke atau 20 page ke .. boleh la ..Tapi ada banyak lagi nak asah.

Itu satu hal .. yang satu hal lagi .. mendesignkan website. Tu pun penin gak tu. Lepas design .. kena kan dengan size dan install dalam website. Tang tu leceh sikit. Tapi tak per. Kalau dah pandai nanti .. kita kongsi pengalaman.

Friday, November 13, 2009

Mulberry penawar bisa ular dan bantu lebatkan rambut?


Baca keratan di bawah ini
Untuk pemakaian luar, daun jangan dikeringkan, tetapi daun yang masih segar dilumatkan halus lalu dibobokkan (ditempalkan) kepada bagian kulit yang sakit, seperti luka, digigit ular, atau digigit serangga atau untuk pertumbuhan rambut (dilumurkan dan ditekan-tekan). - RUJUK DI SINI
Hah .. Tentu itu berita menarik ..
dan baca DI SINI ...
Ditunjukkan kaedah rawatan untuk kaki bengkak dan secara terperinci untuk bagi menangani masalah gigitan serangga dan di patuk ular berbisa.

Bayangkan kalau semua rumah memiliki tanaman ini ...

Persatuan Pemilik Pokok Mulberry ?


Hari ni meeting dengan kengkawan. Tajuk meeting adalah untuk buat persiapan bagi membuka ladang baru. Isu lain pula adalah berkenaan pesanan dari pelayar yang ingin memelihara pokok serba-guna ini.

Negara keliling kita,termasuk Indonesia dan Thailand sudah lama tahu tentang kelebihan pokok ini, tetapi kurang pendedahan di dalam negara kita. Tang mana silap pun aku tak tau.

Harapan kita adalah sekurang-kurangnya 1 rumah mempunyai 1 pokok Mulberry.
Kalau usaha ini berjaya, Malaysia boleh rasa buahnya yang cukup enak dan berhasiat. Dan ada antara kawan lama kita yang turut menggunakan pokok ini sebagai pagar keliling rumah. Di tanam rapat rapat dan ketinggiannya dikawal sekitar 3 kaki .. Di Trim .. menarik.

Kalau di Indonesia, pokok Mulberry di panggil Murbei ..
Berikut adalah contoh barangan yang berasal dari Indonesia



perangan tentang produk itu ada di sini
kelebihan yang di tekankan adalah,

• Menurukan Tekanan Darah Tinggi
• Menurunkan Kadar gula darah
• Menurunkan kolesterol
• Menambah Air Susu Ibu
• Mencegah stroke
• Mencegah kanser hati
• Melancarkan pencernaan
• Melangsingkan badan
• Meningkatkan daya tahan tubuh
• detoxifikasi

Di dalam kepala ada gak terpikir ...
Kalau di Malaysia ada persatuan pemilik Pokok Mulberry di satu hari nanti .. tentu meriah.
Kategori .. pengusaha dan pemilik ..Hmmmmm?

Thursday, November 12, 2009

Lagi 3 ekar untuk Mulberry



Ingat lagi gambar kat atas?
Tu la lokas di Jeram yang hendak di tanam Mulberry. Ada 4 ekar pada awalnya.
Semalam gi lawat lagi tempat .. ketika nak rancang rancang, sususan dan sebagainya.
Ada pula yang tawarkan untuk 3 ekar lagi tanah untuk ditanam Mulberry.

Menurut pihak tersebut, keputusan dibuat selepas bercerita tentang baiknya pokok Mulberry ni ...
Dari hanya satu pokok, menghasilkan banyak khasiat.

Orang tak buat .. kita buat. Kebaikannya, pasarannya masih terkawal.
Kalau ramai sangat yang buat, harga turun naik tak tentu arah. Sikap bermusim ni masalah kepada pengusaha. Ketika tidak ramai, harga cantik. Bila dah ramai, harga turun naik.

Menurut media .. seperti yang diberitahu oleh seorang penduduk sekitar lokasi tersebut.
Sekilo buah Mulberry boleh mencecah RM32.00
Dan menurut seorang lagi... satu pusat beli belah terkemuka di negara kita, menawarkan RM50 untuk sekilo.

Jeng jeng jeng ... syok kan?

Pusat membeli belah dari luar negara, sudah kenal pasti tentang pokok ini dan mereka tawar peluang membekal. Ok tak?