Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Friday, September 25, 2009

Firaun tak pernah sakit, bersin pun tidak

Syawal ni, aku tidak berhari raya seperti selalunya. Memang sengkek sikit, tapi Alhamdulillah. Bersederhana. Agak janggal, sikit terasa tapi mungkin kali pertama tukar trend. Ada hikmahnya ...

Sedikit cerita sekadar ulangan atau ilmu pengetahuan untuk mereka yang berlebih lebihan.
Rasullulah s. a. w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkelirudengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang
berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. - dipetik dari halaqah

Wednesday, September 23, 2009

Alhamdulillah, raya ni tak der politik

Cuma 2 hari di kampung. Banyak juga rumah suku sakat yang aku lawat. Macam macam ideologi politik. Ada PAS, BN, PKR, UMNO ... cuma yang takder MCA, MIC,DAP dan SUPP.

Yang menariknya, masing masing jaga bahasa. Tak terkeluarpun cerita tentang politik. Dia pandang aku, aku pandang dia. Siapa nak start dulu? Sampai ke sudah kitorang cerita pasal keter, rumah, kuih, lembu (Daging) dan ayam pencen.

Tak sedar, makin ramai golongan tua yang sudah tak der. Patutlah jumlah rumah yang dilawat semakin kurang.

Tu la resam kehidupan. Yang hidup pasti mati. Bila dah meninggal, maka terkuranglah jumlah keluarga. Kita ni mungkin esok atau lusa. Tak kira umur. Ada yang muda, tapi dah sakit. Yang tua pulak, dok lepak hisap rokok berkepul kepul.

Umur dah 80 tahun, tapi pekena kretek lagi.

Kalau tak der politik langsung, pelik la. Malam raya pertama, kawan dari Terengganu datang. Cerita macam macam pasal parti dia. Aku cuma dengar jer. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kekadang terbahak jugak bila diberitahu kat sana, pemimpinnya berbalah. Semua rahsia dia cerita. Tapi bila tanya, "Wak sokong apa?", aku hanya jawab "PRM ... Parti Ringgit Malaysia"

Apa apa pun .. Alhamdulillah, hari raya tahun ni berjalan cukup lancar.

Raya ke 5, kota masih lengang

Hari ni raya ke 5. Aku macam raja jalanraya. Mundar-mandir tak der siapa yang larang. Masing masing masih raya di kampong agaknya.

Tak banyak kedai yang buka. Restoran melayu pun macam niaga, tak niaga. Kalau tak der orang datang, nampaknya diorang kena makan sendiri.

Ikan tak banyak di jual. Kalau ada pun, mungkin ikan yang kena botox. Nelayan masih mood raya atau mereka yang dah kelaut tak jumpa jalan balik.

Hari ni aku lepaks gilez. Tengahari cari ikan dalam tin, masak dan bagi anak bini makan.
Aku .. biasa la. Jadi bapak mithali.

Tuesday, September 22, 2009

Cukup la raya 3 hari

Hari ni raya yang ke 4. Kira kira aku dah selesai raya semalam. Kembali ke bandar nak cari duit plak. Semalam dari kampung ke bandar, sesak giler.

Ramai sangat orang Amerika yang raya ke Malaysia tahun ni. Lorong kanan untuk orang slow, memotong plak guna lorong kiri. Aku pun terpaksa jadi orang Amerika. Mengatasi mentaliti bangang pengguna jalanraya. Menyusahkan orang lain. Dah bagi banyak lorong, tapi masih guna lorong kanan untuk pandu 40km/jam. Makin banyak lorong, makin samdol rupanya. Kalau kita marah, dia kata kita pulak bodoh. Oleh itu, senyap senyap potong di lorong kiri.

Kenderaan yang lancar, ter sangkut plak di lampu merah di simpang simpang utama. Sempat lepak, pekena korok setabang dan bekal air. Akhirnya 4 jam baru sampai ke rumah. Kebiasaannya cuma ambil masa 1jam15 jer.... dengan kelajuan 110km/jam. Maki hamun bertabur tabur di atas jalan. Bila pulak aku nak minta maaf pada diorang ... Wakakak !

Kejayaan tahun ni adalah berjaya kawal nafsu makan dan nafsu berhari raya. Sempat ketemu orang orang tua yang perlu di temui dan memohon maaf. Orang banyak dosa kena selalu minta maaf. Ajal maut tangan tuhan. Sebelum maut menjemput, baik lah minta minta maaf.

Anak anak pun happy dan sekarang kita mula buat kerja plak. Cari duit untuk buat harta.
Wakakakak !!!
Selamat hari raya semua ..!

Saturday, September 19, 2009

Beraya kita?

Tahun ini giliran untuk beraya bersama mertua. Seorang dari adik sudah sampai di Kelantan. Abang, kakak dan seorang lagi adik bersama keluarga sudah berada di kampung.

Malam ni round kawasan perumahan dan beri kan sedikit buah tangan buat sesetangah yang masih belum pulang ke kampung.

Rakan rakan sudah di utuskan sms ucapan hari raya.
Malam sikit rehat, esok sudah boleh merayakan hari raya.

Pada rakan rakan .. selamat hari raya, maaf zahir batin.
Semuga bergembira semuanya dan jangan lupa pada yang tiada. Yang fakir dan miskin jangan la lupa.
Kita jumpa selepas selesai cuti.