Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Friday, November 13, 2009

Mulberry penawar bisa ular dan bantu lebatkan rambut?


Baca keratan di bawah ini
Untuk pemakaian luar, daun jangan dikeringkan, tetapi daun yang masih segar dilumatkan halus lalu dibobokkan (ditempalkan) kepada bagian kulit yang sakit, seperti luka, digigit ular, atau digigit serangga atau untuk pertumbuhan rambut (dilumurkan dan ditekan-tekan). - RUJUK DI SINI
Hah .. Tentu itu berita menarik ..
dan baca DI SINI ...
Ditunjukkan kaedah rawatan untuk kaki bengkak dan secara terperinci untuk bagi menangani masalah gigitan serangga dan di patuk ular berbisa.

Bayangkan kalau semua rumah memiliki tanaman ini ...

Persatuan Pemilik Pokok Mulberry ?


Hari ni meeting dengan kengkawan. Tajuk meeting adalah untuk buat persiapan bagi membuka ladang baru. Isu lain pula adalah berkenaan pesanan dari pelayar yang ingin memelihara pokok serba-guna ini.

Negara keliling kita,termasuk Indonesia dan Thailand sudah lama tahu tentang kelebihan pokok ini, tetapi kurang pendedahan di dalam negara kita. Tang mana silap pun aku tak tau.

Harapan kita adalah sekurang-kurangnya 1 rumah mempunyai 1 pokok Mulberry.
Kalau usaha ini berjaya, Malaysia boleh rasa buahnya yang cukup enak dan berhasiat. Dan ada antara kawan lama kita yang turut menggunakan pokok ini sebagai pagar keliling rumah. Di tanam rapat rapat dan ketinggiannya dikawal sekitar 3 kaki .. Di Trim .. menarik.

Kalau di Indonesia, pokok Mulberry di panggil Murbei ..
Berikut adalah contoh barangan yang berasal dari Indonesia



perangan tentang produk itu ada di sini
kelebihan yang di tekankan adalah,

• Menurukan Tekanan Darah Tinggi
• Menurunkan Kadar gula darah
• Menurunkan kolesterol
• Menambah Air Susu Ibu
• Mencegah stroke
• Mencegah kanser hati
• Melancarkan pencernaan
• Melangsingkan badan
• Meningkatkan daya tahan tubuh
• detoxifikasi

Di dalam kepala ada gak terpikir ...
Kalau di Malaysia ada persatuan pemilik Pokok Mulberry di satu hari nanti .. tentu meriah.
Kategori .. pengusaha dan pemilik ..Hmmmmm?

Thursday, November 12, 2009

Lagi 3 ekar untuk Mulberry



Ingat lagi gambar kat atas?
Tu la lokas di Jeram yang hendak di tanam Mulberry. Ada 4 ekar pada awalnya.
Semalam gi lawat lagi tempat .. ketika nak rancang rancang, sususan dan sebagainya.
Ada pula yang tawarkan untuk 3 ekar lagi tanah untuk ditanam Mulberry.

Menurut pihak tersebut, keputusan dibuat selepas bercerita tentang baiknya pokok Mulberry ni ...
Dari hanya satu pokok, menghasilkan banyak khasiat.

Orang tak buat .. kita buat. Kebaikannya, pasarannya masih terkawal.
Kalau ramai sangat yang buat, harga turun naik tak tentu arah. Sikap bermusim ni masalah kepada pengusaha. Ketika tidak ramai, harga cantik. Bila dah ramai, harga turun naik.

Menurut media .. seperti yang diberitahu oleh seorang penduduk sekitar lokasi tersebut.
Sekilo buah Mulberry boleh mencecah RM32.00
Dan menurut seorang lagi... satu pusat beli belah terkemuka di negara kita, menawarkan RM50 untuk sekilo.

Jeng jeng jeng ... syok kan?

Pusat membeli belah dari luar negara, sudah kenal pasti tentang pokok ini dan mereka tawar peluang membekal. Ok tak?


Tuesday, November 10, 2009

Semai lagi 304 pokok mulberry

Hari ni ... lembik. Pinggang macam nak patah.
Siapkan 304 beg untuk semai pokok Mulberry tambahan.
Pagi lagi dah start .. Mula mula tu macam Hero .. lepas tu bila tiba jam 12 .. semua dah berubah macam Zero.



Kesemua yang sempat di tanam .. 254 pokok. Lepas tu tanah kurang, beg pun kurang. Jadi kami terpaksa cari alternatif sementara.


Gambar kat bawah ni idea sorang kawan tu .. Dia kata buat cam ni. tapi bila kita tanya dia ..boleh ke? Dia jawab ..."Kita buat ujikaji" ... Wak tanya dia apa lesen dia untuk pandangan nya. Alasannya, "Kita bukan petani .. kita penyelidik"
Macam biasa dengar terma tu .... Kalau tok guru tengok mesti pening kepala. Pejabat pertanian pun tak pernah buat cam ni. Kalau berjaya .. wak cadang nak bagi anugerah penyelidik kat dia.
Style kat bawah ni .. sementara je. Lepas kita dapat bekalan tanah dan plastik .. kami akan semai cam biasa.



Dibawah ni pulak .. idea sorang lagi kawan wak. Dia pun sama. Alasannya .. "Kita bukan petani, kita cuma penyelidik"
Hah lantak kome la .. Jangan sampai di jumpa dek kaki nombor .. diorang bantai pasang colok, panggil pulak hantu.


Projek hari ni selesai jam 2.20 ptg. Semua yang terlibat ada yang jalan senget, bongkok dan ada yang terkengkang kengkang. Konon nak bertani sangat. Baru jam 2.00 dah pengsan. Bayangkan kalau petani sawah buat perangai cam ni .. Mampuih orang tak makan nasi.
Wakakakak !!!

'Tuah' namanya

Banyak binatang yang kami piliharaya gunakan nama "Tuah".
Dulu ikan Arowana kami .. "Tuah", yang ninggal dah ...
Kucing gemuk kami ... "Tuah", dah hilang dahhhh ....
dan hari ini, isteri kata, dia nak namakan burung yang teraccident, yang sekarang duduk serumah dengan kami tu dengan nama yang sama ... "Tuah"

Mula mula dulu .. isteri takut nak pegang. Tapi sekarang, dia suapkan sendiri makanan ke mulut "Tuah".
Aku pun dia tak pernah suapkan ... ni yang buat aku jealous ni.

Kat bawah ni .. "Tuah" di dalam apartment kos rendahnya.


Isteri sedang bagi Tuah .. makan

Dah pandai menyambut makanan .. mulut dia nganga je.

Ntah paham ke tidak burung ni bila isteri aku kata ... "Ala cayang cayang ..."