Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Thursday, December 24, 2009

Bercakap dengan pokok

Bila pening kepala, bila akal jadi kusut, elok la gi ladang.
Dah lama sangat tengok gelagat manusia, teringin lak nak tengok pokok.

Esok .. gi ladang.
Mungkin ada perkembangan terbaru.
Bila berada di tepi pokok .. rasa tenang je hati.
Pada sesiapa yang bertani, tentu tahu nikmat bercakap dengan pokok.

Wednesday, December 23, 2009

Bagaimana nak jual barangan?


Bagaimana nak jual barang ke luar negara?
Hish .. apa la susah sangat .. ramai dah jadi jutawan berniaga dalam internet.
Kita cuba Ebay ... mungkin ada baiknya. Serah nasib. Kalau ada rezeki, dapat. Kalau tak der, tak der la dia. Cuba kena cuba .. jangan tak cuba.

Wak dengar cerita ada barang tempatan yang tak pernah lihat di dalam pasaran kita, tapi boleh jual kat luar negara. Camana diorang buat?

Cuba klik SINI .. mungkin boleh timbulkan semangat.

Tuesday, December 22, 2009

Merahnya mak ngah !

Beberapa hari ni agak sibuk. Banyak benda gua kena settle. Tambah lagi memeningan kepala. Terlalu banyak kerja ..

Infrastruktur kena ok .. kerja kena selesai. Dateline makin hampir.
Sempat atau tak?

Huhuhuh ..
Dalam pada tu kawan sedang test-test untuk dapatkan benda yang berkualiti. Tiba-tiba dapat MMS ..


Ohooo ... merahnya mak ngah !
Apa benda tu? .... Hmmmm minyak petrol kot?

Sunday, December 20, 2009

Sibuk giler ...

Sibuk pun salah, tak sibuk pun salah.
Apa nak jadi dengan nko ni?

Tu la dia .. dulu macam tak der kerja. Kalau petang, tunggu kawan kawan call. Kalau ada, memang la boleh jumpa. Belah malam pulak macam musang. Dari lepas maghrib sampai subuh dok ranjau tenet. Belah pagi dengkur .. lepas tu petang jumpa kawan cari cerita, malam belasah lagi .. Tu la pusingan hidup.

Sejak tinggalkan blog politik ni .. hidup makin tenang, kerja makin terurus. Tapi sibuk semakin sibuk.Senarai kerja banyak lagi yang belum siap. Buat itu .. buat ini. Pergh banyak ni.

Tapi kawan kawan .. gua mau cakap sama lu, "Ada baiknya tinggalkan politik"
Mungkin istilah blog sesuai dengan blog politik .. Bila cerita pasal blogger, dalam kepala, blogger politik.
Dan kerana tu kawan bertanya "Apesal tak berBLOG lagi?"
Tapi dia tak tau gua masih berblog .. tapi blog pertanian.
Politik wa tak main .. !


Wednesday, December 16, 2009

Jalan-jalan tengok ladang kawan

Seronok tengok ejayaan kawan.
Ladangnya cuma 1 ekar, tapi hasilnya lumayan. Macam macam sayuran dan tanaman yang ditanam. Kawan wak tu berniaga sayur di pasar. Separuh dari barang jualannya adalah dari ladang ini.

Antara tanaman yang ada di ladangnya adalah kangkung, keledek, pisang, tomato, kacang panjang, labu air, kacang buncis, bayam merah, bayam hijau dan macam macam lagi.

Pekerjanya cuma 2 orang. Pendatang dari Myanmar. Gajinya RM35 sehari. Kerja dari jam 7.00 pagi sampai 7.00 malam. Disediakan pondok untuk pekerjanya tinggal. Di waktu malam, pekerja ini akan mengutip hasil dan diwaktu pagi, lori kecil akan ambil hasil tersebut dan dibawa ke pasar. Di sana, kawan wak akan menjualnya sendiri.

Kat bawah ni gambar batas kangkong.

Dibawahnya, gambar keledek. Disebelahnya sayur kacang bende.

Terdapat paip air menghubung punca air kepada 'sprinkler' ... untuk siram semua tanaman yang ada. Untungnya tanah ladang nya adalah tanah gambut. Tak susah untuk di gemburan dan dibuat batas.


Itu baru 1 ekar. Kalau dia ada lebih dari itu, tentu pendapatannya lebih lumayan. Sepanjang jalan pulang .. tengok tanah terbiar cukup banyak. Selalunya, orang ada tanah, tapi tidak berminat nak bertani. Yang berminat pada pertanian pulak, tiada tanah. Terpaksa la mereka mereka ini mencari cari tanah percuma untuk diusahakan. Kesian... Tang mana silapnya?