Api dalam sekam. Gunting dalam lipatan. Makna nya adalah sama, seperti juga musuh di dalam selimut. Kita tak tau, siapa lawan dan siapa kawan. Wajah hampir serupa, pakaian hampir sama, tapi cuma niat di hati yang berbeza.
Makin lama, semakin hebat menyerang. Kalau tidak di basmi, sesuatu itu tidak akan pulih.
Nah .. sekarang, kalau tidak begitu, ia takkan begini. Kalau tidak kerana muktamar, kita tidak akan tahu apa bakal terjadi.
Sekarang sudah terserlah wajah sebenar musuh yang disangka rakan. Cuma perlu di usir agar api tidak lagi membakar sekam. 5 nama teratas, sudah di ketahui. Beri kesempatan arah tujuan. Kalau tidak mahu berubah .. nyah !
Tidak perlu rosakkan parti .. tapi biarlah musuh .. nyah pergi.
Kalau masih didalam tidak membawa untung, tapi kebuk padi yang akan rentung.
Kemelut hampir selesai. Angan angan orang di sana hancur berkecai. Sudah jauh di hati .. semakin jauh sampai ke mati. Orang tak langsung peduli. Ranting yang dicapai ketika lemas dulu rupanya tenggelam bersama jauh ke dasar.