Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Tuesday, November 3, 2009

Ohhh Kasturi ku sayang

Hari ni aku lepak kat kebun. Belek belek pokok limau yang sedang membesar. Hasilnya bulan Januari tahun depan, tapi buah awal kena buang. Kalau tak tumbesarannya terganggu dan kualiti buah pun tak baik sangat. Dua orang datang membantu.



Tu dia .. jumlah buah awal yang di buang. Dalam satu pokok kekadang sampai lebih dari 5 biji limau. Tengok dalam gambar tu .. aduhai .. cam sayang nak buang. Tapi boleh bawak balik untuk buat ulam makan ngan sambal belacan .. Muahhhh !



Dalam banyak banyak pokok tu ada buah yang diserang serangga. Sedang cari ubat serangga agar pokok tidak diserang. Gambar ini dijadikan bukti, minta minta yang tau pasal pertanian limau ni bagi tau sikit rahsia .. kalau ada.



Pokok limau ni lain sikit daunnya .. hah .. limau purut.
Dalam 1,000 pokok ada 2 pokok limau purut yang saja dibela. Saja nak test.



Yang putih tu bunga limau kasturi .. selepas daun berubah menjadi hijau muda, tak lama kemudian, bunga pun terbit. Waduhhhh !! Cunnnnyeeee.... !




No comments: