Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Tuesday, November 3, 2009

Perkembangan pembenihan Mulberry



Gambar atas ni gambar Mulberry yang aku tanam kat rumah. Dua tunas. Satu di atas, kecil dan di bawah kelopak daun sudah mekar. Pada 1hb November tu hari, keadaannya boleh tengok kat SINI. Bila signal/perkembangan ni aku dapat, hati dah tak senang duduk, nak gi ke ladang tengok 58 pokok Mulberry yang kitorang tanam tu hari. Mungkin pokok pokok tu pun sama gak kemajuannya.



Diatas ni gambar kat Ladang ... Ada tunas kat bahagian bawah salah satu pokok yang kitorang tanam.



Tu dia .. yang kaler putih tu, tunas yang tumbuh didalam tanah. Dia ghairah nak kuar cari cahaya matahari. Perasan tak?



Ni tunas kecil .. comel. Dalam 2 atau 3 hari, kelopak akan keluar. Bhesaayyyarrrr !



Yang ni cantik sikit ... kembang dua arah. Kiri dan kanan .. comel kan?



Yang ni kat pucuk keluar .. naik ke atas ... banyak daunnya tu .. huhuh !



Yang ni pun sama ... Hebat .. berdebar nak tau perkembangan akan datang.
Dalam 58 pokok yang kitorang tanam, hanya 4 yang tak memberansangkan. Kita bagi dia masa untuk tumbuh. Batang agak kering, tapi mungkin ada harapan. Tapi kira ok la ..
Perkembangan tentang pokok ni kami dah bagi tau kat sifu ..

Minggu depan dan depan lagi .. mungkin kita akan tahu berapa banyak yang tumbuh sebenarnya.
Dari kajian yang dibuat .. Bermakna,
Pokok yang mula di tanam pada 27hb. Oktober .. selepas 9 hari tunas daun sudah mula keluar.
Siram 2 kali sehari, pagi dan petang. Tiada jangkitan dari sebarang serangga. Nampak ok ..

1 comment:

mangchikla said...

Semoga berjaya insya Allah