Artikel tentang MULBERRY .. CUIT SINI

Saturday, December 12, 2009

Jumpa member

Masih ingat lagi pesan mak masa raya tahu dulu dulu dulu ....

"Kamu ni kalau tak accident, tak tau kawan".
"he he he ... ", biasa la .. kalau disound dek mak, aku ketawa je.
Memang mak selalu gurau. Sampaikan kalau dia serious pun, aku anggap gurau. Tu yang masalahnya.

Maksudnya yang nak disampai kan adalah, anak anak muda sekarang ni jarang jenguk sedara mara. Kalau tak jenguk, kita tak kenal mereka. Kalau dah jadi accident, bergaduh tepi jalan, baru tau yang dilanggar atau melanggar tu sedara kita.

Tapi sekarang ni banyak sangat hal mak. Tak cam dulu .. pegi ladang pagi, tengahari dah lepak kedai kopi. Sekarang ni kalau tak sibuk buat kerja, tak dapat gaji. Kalau tak sibukkan diri, macam tak der kerja la plak. Habis yang dah kawin pun ada yang terpaksa kerja shift malam, tinggal anak dan bini atau laki. Dah nasib kita duduk kat negara kononnya makmur ya amat sangat ni.

Nak di jadikan cerita .. aku telah dipertanggung jawabkan untuk menyelesaikan soal 'manufacturing produk' yang aku sebut sebelum ni. Dengan urusan tu, terjumpa la plak kawan lama.

Kira-kira 8 bulan lepas, dia ni sibuk cerita pasal satu produk tu. Pastu dia hilang untuk seketika. Nak jadikan cerita, terjumpa la beberapa hari lepas masa perlancaran logo produk.

Semalam sembang-sembang ngan dia .. rupanya dia dah start niaga sejak dia menghalimunankan dirinya. Kerana tu dah lama tak dengar cerita. Kalau sebelum ni, sibuk dengan urusan politik, tapi dah hilangkan diri sejak beberapa lama, cuba haluan sendiri. Tak sampai setahun ... kira dia dah ok la dah tu. Cerita pun bagus, income pun bagus.

Tu la pasal .. jangan sibuk berpolitik sampai anak bini tak boleh makan. Hah .. padan muka. wakakakakak ... !!

Nak tau sibuk ke tidak kawan gua ni? .... Ni dia gambar bonet keta dia. Tapi low profile brader...



2 comments:

TOK LEBAI said...

apa ke bende tu wak?.. bagi kan kelu sikit wak!!!kate laluan ke? apa2 je asalkan dapat jawapannya...ha ha ha

mangchikla said...

teh uncang...(mulberi)?